.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.

.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.
.:: Sangat sesuai untuk kanak-kanak 3-5 tahun, Prasekolah, Pemulihan dan KIA2M ::..

Sabtu, 16 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU (WAJARKAH GURU KITA KENA SAMAN DI MAHKAMAH)

Assalamualaikum. kat sini aku nak wt coretan sikit jer sempena sambutan hari guru. bukan apa masa ni lah kita nak kenang jasa mereka yang mengajar kita sampai boleh membaca sehingga kita menjadi manusia berguna. TENGOK JER TAJUK KAT ATAS NIE PUN DAH MENGGIGIL. ha ha ha, sajer la, zaman dah berubah.......










Gambar kat atas ni masa aku tingkatan 1, gambar yang sebelum-sebelumnya memang tak de pu. kita nie duduk ceruk kampung, jadi ketinggalan zaman sikit.

"di utara selangor tempat asal mu,

bak gedung ilmu, sejak dahulu" ha mcm nie la petikan lagu sekolah. memang sejak dahulu lagi sekolah kita kat ujung selangor, kalau petang2 jerit ajer dah sampai perak suara kita. (Hutan Melintang dan masuk perak tau. kat gambar nie masatu guru kelas Ustazah Rashidah, ogre kelate, anak dara lagi sampai la dia berkahwin dengan orang kg situ jugak. terima kasih ustazah. memang dia kenal aku lagi coz aku dulu ketua kelas. semuanya paling, (paling yang membawa maksud tak sengaja seperti, paling besar, paling kuat makan, paling nakal, paling malas wt keja sekolah..... itu dulu la. sekolah kat SAMR Parit Baharu, jauh'n dari rumah dalam 12km la, tiap2 pagi naik basikal g sekolah bawak tos light (Lampu Suluh) sampai tingkatan 3. masa tu aku ada bela kambing. jadi tiap2 ptg blk sekolah g cari rumput bg makan kambing. wt sampingan ajer mula2 sekor jer samapi membiak 7 ekor. kira hidup dengan kambing la tapi tak jadi kambing pun. he he ........

Gambar kat atas ni masa ting 4D, kira kategori separyh bangang la nasib baik tak kelas hujung sekali. masa tu habis jer SRP baru aku masuk SAMTS Batu 38 ni ,SRP pun cukup makan jer tapi dapat pangkat A la. oleh kerana dapat masuk asrama jadi dalam berat hati kena jual kambing dengan kandang2 sekali. dapat duit $700 jer masa tu. aku simpan sampai sekarang. (buku banknya la), tapi duit dah habis wt apa ntah. Cikgu norazmi guru kelasnya, tapi aku kadang-kadang selisih kat sg besar dia masih mentain jer, tak kurus dan tak gemuk. mcm itu jugak strait cut. guru bahasa melayu masa tu. time kasih cikgu atas segalanya.oleh kerana aku budak baik jadi masa naik tingkatan 5 still 5D, mentain gak. kawan2 aku yang lelaki kat gambar atas nie semua kena pindah 5E, aku dengan mahathir je tak berganjak. setia konon padahal tak pandai pun. aku terpaksa coti setahun. shuttt, jgn bagi tau sesapa tau. ini rahsia keluarga, hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tau. malu kat anak-anak, takut dia tiru perangai papanya pulak. tak sengaja la masa tu. Sapa yang terbaca n tahu kes nie lu tiam-tiam loo.


Gambar nie masa 6bawah. time ni kawan2 yang seangkatan memang dah tak de, ini semua pangkat adik la coz aku coti setahun. masa 6 bawah nie exam paling besar SPA (sijil pelajaran agama) kalau sekarang nie kira macam STAM la. nasib aku baik la, semua strategi menjadi maka aku dapat pangkat JAID jer. kawan2 yang lelaki cuma 3 orang jer yang lulus kot, coz dia nie kalau 1 subjek tak lulus maka dikira gagal semua n tak dapat sijil. sijil dia buesar wo. folder sijil A3 tu tak muat. Ustaz Idris masa tu jadi guru kelas. aku pernah ajar anak dia nie masa aku ngajar kat SRA bt 2 Sapintas dulu.




Gambar masa jamuan akhir tahun tingkatan 6 atas3.




haaa, ini gambar kelas aku, cikgu hasmah. dia la yang beria-ia suruh amik BM masa STPM. akhirnya dapat la prinsipal B ajer masa tu. best student dpt 4Prinsipal A dari kelas aku jugak. kira tumpang bangga la. aku sajer tak nak dapat 5PA, takut. gerun aku nanti coz subjek yang aku amik pun dah gerun boleh menggigil lutut. P.Am, BM, Syariah, Usuludin, Bahasa Arab. peh memang boleh jadi Kadi@ imam la. tapi yang muskil kawan2 masuk u amik syariah, usuludin, Peng. Islam tapi aku tercampak ke FSKK sekarang dah tukar FSSK kt UKM. (Univ. Kebanggaan Mak, coz aku la satu-satunya anak dia yang dpt msk U. Syukur Alhamdulillah usaha aku selama ini berhasil dengan jayanya. jadi tak mustahil la nik nur madiha boleh dapat 21A, Nuramalina dpt 18A, aku dulu masa SPM cakap jer semua gred ada dlm 10 subjek kecuali A jer yang tak de. ha ha ha ha.................





kenal lagi tak, yang paling kecik tu aku la, masa nie merayakan kemenangan main hoki, final lawan UUM kot kalau tak silap. itu pasal aku bolek trai budak2 aku (SK Taman Perling) boleh sampai peringkat negeri Johor. ahhhhhh, itu semua dulu la. kalau tak silap aku kawan2 aku nie semua jadi cikgu jugak la. suratmin, supian, sudirman, sapa ntah tak ingat la coz banyak junior aku ni.


last, selamat hari guru buat semua cikgu2 yang pernah ngajar aku dari aku buta huruf sampai celik huruf, daripada aku tak tau ngaji sampai dah hatam qur'an ntah berapa kali ntah. semua nie kerana cikgu sehingga lah aku menjadi cikgu prasekolah. maklum lah ada PPM pun mintak di panggil cikgu jugak. kira semua lah.
.........:::::::: SELAMAT HARI GURU :::::::::::........



Selamat Hari Ibu

Buat mak ku yang aku sayangi Hajjah Azizah Binti Haji Sayuti, terima kasih atas segalanya. dah bagi aku makan sampai aku besaq mcm ni, bagi pakai, jaga aku, siap calun isteri pun mak jugak cari. yang paling besdnya nama mak n my wife same. (Siti Azizah Bt Jamsari). mak, tanpamu tiada lah aku sekarang.








Gambar ni diambil pada 7.7.2001 kat depan dektar lepas aku konvo. masih segar dalam ingatan. walaupun aku ni dulu kategori tak blur tapi bila aku memecut sampai jugak ke Menara Gading.
Terima kasih Mak, Terima Kasih segalanya.
.


Rabu, 13 Mei 2009

Profesion guru ke tahap tinggi

Oleh MARZITA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

MEMENUHI tuntutan sebagai seorang pembina negara bangsa yang diletakkan ke bahu pendidik telah bermula sejak sebelum merdeka. Hingga kini, tanggungjawab itu tidak pernah sedikit pun berkurang.
Namun situasinya kini berbeza. Pelajar semakin ramai dengan sikap dan minda yang berbeza. Apatah lagi dengan keterbukaan dan kelantangan masyarakat memperkatakan tentang senario pendidikan negara maka peranan guru sebagai pembina negara bangsa semakin luas dan mencabar.
Inilah juga yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran melalui tema sambutan Hari Guru Kebangsaan 2009 iaitu Guru Pembina Negara Bangsa, sambutan Hari Guru yang ke-38 dan kali ini sambutannya diadakan di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Terengganu pada 16 Mei ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom menjelaskan, guru alaf baru kini tugasnya bukan sahaja mendidik daripada segi akademik tetapi membina suatu bangsa negara, bangsa Malaysia yang bermodal insan, cintakan negara, mempunyai keyakinan tinggi, jati diri kukuh, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral. Ia penting untuk hidup sebagai sebuah masyarakat penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik.
Inilah juga yang dimaktubkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2020 iaitu Membina Negara Bangsa dan ia sejajar dengan Wawasan 2020 yang kini hanya tinggal 10 tahun untuk direalisasikan menjadi Malaysia negara maju dalam acuannya sendiri.
"Walaupun negara bangsa telah wujud sejak kita mencapai kemerdekaan tetapi ia mesti ditingkatkan dari semasa ke semasa kerana wujudnya persaingan globalisasi.
"Ia menuntut setiap negara mengukuhkan negara masing-masing daripada segi ekonomi mahupun pertahanan dan guru pula wajib memberi pendidikan terbaik untuk para pelajar,'' ujarnya.
Kata beliau, peranan guru era pasca dan sebelum merdeka sama penting.
"Selepas negara merdeka, kita melihat pendidikan sebagai bidang yang amat penting kerana kerajaan telah memberi peruntukan yang besar berbanding kementerian-kementerian lain,'' katanya.
Ini turut menjelaskan betapa kerajaan amat percaya dengan pelaburan yang besar itu ia boleh membawa pulangan yang besar kepada negara.
Katanya, cabaran untuk guru menambah ilmu dalam dunia ledakan maklumat bukan sahaja sesama mereka malah perlu bersaing dengan pelajar yang ada ketikanya lebih terkehadapan menerokai teknologi komunikasi maklumat (ICT).
"Kecanggihan pelajar menyebabkan guru kini perlu berdepan dengan pelbagai kerenah masyarakat, media massa dan pengaruh budaya luar. Maka amat penting untuk sekolah memastikan berlakunya pembangunan modal insan yang cemerlang,'' tegasnya.
Modal insan yang cemerlang bermakna individu itu turut mahir dalam membuat keputusan, berakhlak dan bermoral tinggi, berani, amanah, jujur, bekerjasama dan bertanggungjawab, suatu acuan individu yang mempunyai daya tahan dalam erti kehidupan globalisasi.
"Beratkah tanggungjawab guru sekarang? Sudah pasti, jika dibandingkan dengan 20 tahun atau 30 tahun lalu tetapi inilah peluang untuk guru menunjukkan kebolehan,'' katanya lagi.
Menurut Alimuddin, dedikasi, sabar dan tabah serta bertanggungjawab semasa menjalankan tugas adalah kunci utama untuk menangani kerenah masyarakat apatah lagi pelajar.
Dan sudah pasti peranan ibu bapa dalam dunia pendidikan bertambah memandangkan anak-anak mereka hanya berada di sekolah kirakira enam jam maka perhatian terhadap anak-anak perlu ditingkatkan.
Namun kata beliau, sikap masyarakat moden kini yang tidak suka "menjaga tepi kain orang lain" perlu dikembalikan.
"Menegur dan saling ingat-mengingatkan dan saya fikir banyak isu disiplin pelajar di luar sekolah dapat diselesaikan dengan sikap ini,'' katanya.
Walau bagaimana berat sekalipun tanggungjawab yang dipikul oleh guru namun Kementerian Pelajaran tidak pernah alpa terhadap kebajikan mereka.
Pada masa ini, terdapat 17 laluan kerjaya kepada guru seperti guru cemerlang, Pengetua cemerlang, Guru Besar cemerlang, Pegawai Pendidikan cemerlang. Malah tahun lalu sahaja sebanyak 62,000 jawatan naik pangkat dan naik gred telah diberi kepada guru-guru.
Daripada segi kewangan pula, banyak elaun diberi kepada guru seperti elaun Guru Besar dan Pengetua, elaun warden, elaun mata pelajaran kritikal dan termasuk Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI ) serta elaun guru kawasan pedalaman yang mencecah kepada RM1,500 sebulan.
"Ini bukti keprihatinan kerajaan terhadap guru malah apa juga imbuhan yang diberi kepada kakitangan kerajaan lain, guru juga menikmatinya misalnya pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan mahupun rawatan di hospital,'' katanya.
Tegas Alimuddin, profesion perguruan kini sudah sampai ke tahap tinggi jika dilihat daripada permohonan untuk menjadi guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Tahun ini ia mencecah lebih 90,000 permohonan sedang kekosongan untuk diisi ialah sekitar 5,000 tempat sahaja.
Beliau turut menolak tanggapan masyarakat bahawa senario itu seperti sebelum ini yang diamalkan oleh graduan negara yang menjadikan profesion perguruan sebagai pilihan akhir.
"Senario itu tiada lagi kerana banyak permohonan bermakna banyak pilihan. Hanya mereka yang layak diterima,'' tegasnya.
Sementara itu, sambutan Hari Guru Kebangsaan 2009 akan bermula pada 14 Mei dengan pertandingan separuh akhir Pertandingan Bahas Guru Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan kategori bahasa Malaysia dan kategori bahasa Inggeris di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Datuk Razali Ismail, Terengganu sementara pertandingan akhir pada 15 Mei.
Keesokannya, Majlis Menjunjung Budi untuk guru-guru di kawasan pedalaman dan guru di pulau serta guru kurang upaya akan diadakan. Ia turut melibatkan guru integriti dan guru di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Baharu dan Pulau Pinang.
Satu Forum Pendidikan akan diadakan di Wisma Darul Iman bertajuk Guru Pembina Negara Bangsa.
Ahli-ahli panel forum terdiri daripada tokoh pendidik Tan Sri Wira Dr. Abdul Rahman Arshad, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim.
Sebagai menghargai usaha guru, Guru Besar dan Pengetua dalam memperkasakan ICT di sekolah, Anugerah Guru Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Anugerah Pemimpin TMK juga akan diadakan.
Sempena sambutan Hari Guru itu juga, Kumpulan Utusan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran akan mengadakan Festival Hari Guru Kebangsaan 2009 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) bermula 14 Mei sehingga 17 Mei dengan pelbagai acara menarik untuk orang ramai.

Ahad, 10 Mei 2009

Happy Mothers Day

Mother's Day Myspace Comments
MyNiceSpace.com




kepada semua ibu-ibu, selamat hari ibu dari kami cikguprasekolah, semoga tabah menghadapi karenah anak2 diawal pagi.




tq

Ahad, 3 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU 2009

Perayaan Hari Guru

Pengenalan

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956
Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan
Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi
Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


Objektif Hari Guru Malaysia


Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan
-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

SELAMAT HARI GURU KEPADA GURU-GURU TIDAK KIRA DIMANA SAJA BERADA.