.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.

.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.
.:: Sangat sesuai untuk kanak-kanak 3-5 tahun, Prasekolah, Pemulihan dan KIA2M ::..

Selasa, 29 September 2009

JUMPA KAWAN LAMA MASA BELAJAR DI SAMT BT 38

Ha, yang kurus macam mat pit ni adalah kawan lamer aku dulu2. Namenye Razi Saeh... peh jangan cakap la, sekarang dia dah jadi orang besar la walaupun tubuh kecil. duit jgn cakap la, hari2 riburaban pegang duit. tak de istilah kering hujung bulan. kira dia nie bawah En Aminuddin (ceo maybank) kalau tak silap la. lama jugak tak jumpa dalam 5 tahun kot. last jumpa dia masa aku kawin dia ada datang dgn wife 1 family. anak aku pun dah sekolah, lama tu...

sembang punya sembang sampai pukul 2 jugak baru balik malam tu. Dia ni kira pandai sikit la dari aku. aku pandai banyak...... ha ha ha..... dia masuk poli aku amik upper six. itu jer bezanya.





ok jumpa lagi............ babaiiiiiiiiiiiiiiii




.

RESEPI TRADISIONAL JAWA (SAMBAL TAUN)

Menu sambal Taun ni dah makin dilupakan. dalam balik kampung yang lepas sempat la cari bahan2 kat kampung dan bawak jb terus buat. memang powerrrrr. abang ipar saya (Abg Hamzah) mengelar ini sambal power root. Lepas makan sambal nie mesti segalanya berubah.......
1. muka berubah merah terus, pedas sangat. tengok cili api tu timbul2 merah, hijau....
2. perut pun berubah, dari lapa terus kenyang........
sempat la semua ipar duai dan biras2 aku semua merasa resepi tradisional ni.
kalau nak bahan2 dan cara nak buat boleh sms aku jer. rahsia ni.........




Walaupun aku cikgu prasekolah tapi bab masak serah padaku. grenti beres Insyaallah.

Ahad, 27 September 2009

PEMADAM 1 LORI ????? BANYAK TU...........

Masa raya pertama lepas ada la g umah mbah, lek-lek semua. sampai satu rumah lek tu, kira dah tengahari jadi nak solat zohor dan lepak2 jap.
nak dijadikan cerita hero aku ni bukan heromanzo tau (zakwanuddin) dok ghalit main kereta mainan tolak sana tolak sini..



entah mcm mana budak yang beluh 2 tahun usianya nie pulak terfikir cakap "inyak abis". jadi dia bukak la seat keta tu nak isi minyak.
Tiba-tiba dia cakap " ya allahhhhhhh, anyak nye".
peperh, terkejut beruk dia nampak pemadam punya la banyak. jangan tak percaya, mana dapat ni????
tengok saja gambar di bawah ni
sebagai bukti............
tarak tipu ahhhhh.......






p/s: mak dia cikgu, dok rampas2 budak2 main pemadam rupanya anak sendiri lagi banyak pemadam dia kumpul. Syabas beteh........................
.

SEKITAR HARI RAYA PERTAMA

Sabtu, 26 September 2009

HIDANGAN DIPAGI RAYA...

Dipagi raya kami menikmat hidangan yang lazat-lazat. tengok saja lah pic di bawah ni............











..

1 SYAWAL TELAH TIBA................

Ini lah gambar keluarga Hj Noor Bin Hj Yassin bersama isteri dan anak-anak, menantu, cucunya. anak menantu yang mcm anak hantu jer tak der. ha ha ha, nasib baik adik saya dan anaknya disahkan sihat dan dibolehkan beraya dirumah. kalau tak memang beraya di wad la jawabnya.....






Inilah gambar yang dinanti-nantikan. Keluarga cikgu Zainal... (tuan punya blog ini) tak nak komen lah, lu pikir la sendiri............



yang tak bestnya si zakwan ni pulak buat hal........ ader ke patut dia tak nak pakai baju melayu. punya la mlm tadi mamanya tak tidur siapkan jahit tulang belut, mata ikan, mata apa2 ntah sekali.............. tak nak pakai pelak. tu yang rasa janggal sikit tak sama dengan papa punya. lain macam jer................
..

DI BAZAR RAMADHAN SEMUANYA ADA..................

Ni yang aku nak marah jer ni. orang berniaga dia nak berniaga tapi produk mcm hampas....... memang betul di bazar ramadhan semuanya ada dijual. dari kuih muih, lauk pauk, semua ada yang best sekali kuih basi pun ada, lauk basi pun ada, ni aku beli lemang mentah. ini bukan lemang namanya, beras pulut dalam buluh jer. bukan sajer mentah, memang tak boleh makan langsung. aku tak la berkira sangat pasal makanan ni, berapa mahal pun aku bayar la, tapi biarla sedap dimakan dan memuaskan hati........... bukak jer daun pisang tu dah berterabur pulut tu....

aku kalau nak makan betul aku buat jer, pengalaman aku membakar lemang sampai 30 batang biasa dah tapi ni nak makan untuk berbuka puasa last ramadhan ini pulak hasilnya. memang aku tak halalkan la rezeki yang diaorang dapat hasil jual lemang mentah.............



kepada peniga-peniaga diluar sana, cari lah rezeki yang halal dan diredhai Allah (halalan toiyibah) untuk bagi makan anak bini kat rumah, jangan la nak sakitkan hati pembeli ajer, last2 kena sumpah seranah pun jadi rezeki tak halal.

tengok sendiri la gambar kat bawah niiiiiiiii................










..

PERTEMUAN BLOGGER (CIKGU NIK AZHAR)

Alhamdulillah, setelah diatur dengan rapi maka pertemuan dapat juga dilakukan pada petang 29 ramadhan. cikgu nik azhar dari negeri cik siti wan kembang yang beraya di rumah bapa mertuanya di BNO (Belacan Nombor One). dalam pertemuan singkat ini dapat la bercerita pengalaman suka duka seorang guru. oleh kerana masih dalam bulan puasa maka tak sempat la nak ajak ngeteh yer. cikgu nik nie memang pandai keceek jawo. iso ngomong jowo lo iki, baru tenanan kawin karo wong jowo, sak kabehane dikongsi bareng2. ha ha ha
seng ge kelambi kuning sebelahi kue kakang ku. podo rak muko ne............ tapi bak kata boss aku, handsome lagi yang ada misai terlintang tu... bukan datok k, tapi datok z, idaman wanita di Taman Perling... kuang kuang kuang...........








..

CUTI BERMULA, JOM BALIK KAMPUNG.........

Kita hanya mampu merancang, tetapi TUHAN yang menentukan. begitulah takdirnya........ lepas solat jumaat maka bergerak la menelusuri lebuhraya PLUS menuju ke utara tanahair. Tahun ni memang bercadang nak beraya di pekan nenas, tetapi last2 minute dpt koll anak adik kena masukkan wad dikhuatiri jangkitan kuman & H1N1 kerana suhu badan naik mendadak. terpaksa ubah perancangan terus balik kampung ler............
Gamabr nie sepanjang jalan, tengok la dengan laluan lembu lagi, keadaan cuaca yang kurang sihat(mendung pekat) dan hujan sepanjang jalan memerlukan fokus ketika memandu. anak2 semua tidur jer la........



Gambar nie diambil ketika berhenti di R&R seremban. bebudak ni dah lapo sangat la tu. Peh, bukan main mahal betul la.... tak percaya tengok la resit tu..... sory, just nak share untuk kawan2 jer....
sempat la bertbuka puasa di R&R dengkil arah utara, lepas solat kami pun meluncur laju dengan kereta cabuk menuju umah mbah anang dan mbah edok......
..

Khamis, 17 September 2009

BAJU RAYA TAK SIAP LAGI..........................

Nasib baik la aku mengambil langkah bijak & bertuah dapat isteri yang pandai menjahit. Bukan buta-buta tak tau apa2. soo, dpt la save sikit budget untuk persiapan raya @ mcm2 yang perlukan jahit boleh buat sendiri.
kalau tak..... beribu raban le nak raya ni, nak pindah umah lagi, nak jahit langsir lagi.... kalau tempah mesti kopak duit aku. pesanan kat kawan2 yang mengunjungi blog nie yang masih bujang tu carilah calun isteri yang sesedap rasa, jangan mengharapkan isteri semulia fatimah azzahrah kalau perangai awak tu belum tentu. cari yang cantik, boleh di bawa ke majlis, berpendidikan setaraf (sekufu), berkemahiran (memasak, menjahit, kemas rumah, jaga anak etc all) pikir-pikir kan lah yer???
ha ha ha......tapi tengok la pic kat bawah nie. baju zakwan jer yang dah siap. baju laila, baju mama pun belum siap lagi........... nampaknya ada kemungkinan tak pakai baju raya la yer................. baju orang lain boleh pulak siap dulu .........

biasa tak mcm ni, tahun nie lain macam sikit la.







yang jadi masalah nya anak adik aku kena tahan wad coz disyaki H1N1 & jangkitan kuman di paru-paru. tu yang seram tu. macam2 hal la. kalau kena balik sabak bernam, nampaknya tak pakai baju baru la tahun nie.......

Rabu, 16 September 2009

RUMAH IDAMAN NIE, BILA LA NAK SIAP?? RAYA DAH DEKAT DAH.....


Isnin, 14 September 2009

Bila Raya sebenarnya.............

Pagi tadi sempat la g pontian kejap cari bahan baju yang belum cuku-cukup tu. sampai simpang depan balai polis lama tu dah ada signbord ni. betul ker 20hb dah raya? pagi tadi bace paper baru dia bg tau 19hb tengok anak bulan syawal........ Pontian advance betul la.





..

Ahad, 13 September 2009

SHOPING SAKAN..........

Misi pencarian kami diteruskan lagi pagi tadi . tempat tujuannya ialah Giant Plentong. lihat sajer dalam gambar dibawah ni. sampai 2 troli, budak2 dah penat, nak nangis je.....



..

Sabtu, 12 September 2009

LAKSA PENANG

Laksa power................, petang tadi berbuka puasa dengan laksa yang dibuat sendiri. lepas bagi kat maknya laila dan jiran belakang umah ni, mee dan kuahnya masih banyak lagi. nampak gaya sahur kena makan sampai habis la ye....


perasan tak? apa yang tak de? sekali nak makan baru ingat apasal tak de telur rebus pulak, tapi dah terlewat jadi terus je la makan setelah mendengar laungan azan di udara.



..

IKHLAS, MEMANG TAK SEDAP.....................

Hanya dapat digamparkan dengan 1 patah perkataan. tak sedap. tak sedap langsung la tapi dek kerana lapo n dahaga maka juadah yang kami beli di bazar Taman Dahlia habis jugak.

Banyak sangat nie, tapi habis jugak walaupun tak sedap. ikhlas cakap la. tak sedap langsung. itu ajer la.












..

Ahad, 6 September 2009

BIHUN SUP VERSI JAWA

Menu hari nie memang rezeki aku la. aku dah rancang 2-3 hari lepas. oleh kerana pagi tadi ada KOKO jadi aku tidor dulu ptg tadi kul 3++ baru g kip mart nak cari barang.








tengok la kat bawah ni, special sangat lah.






Gambar kat bawah nie ada roti jala (maknye laila yang bagi tadi dengan kuah kari ayam)

air cincau dengan jemput-jemput pisang dengan sambal kicap cersi jawa. versi jawa ni warisan turun temurun. letak bawang goreng dengan air perahan limau untuk menaikkan arome serta menarik minat untuk mencuba















..

Sabtu, 5 September 2009

NASI LEMAK SAMBAL UDANG CAMAR 5

Nak dijadikan cerita, petang tadi lepas solat jumaat pergi kip mart nak beli udang nak buat sambal. kerja-kerja memasak serahkan pada bini aku lah. aku malas nak turun dapur.
tengok jer la hasilnya...........


Jumaat, 4 September 2009

MENU SAHUR RINGKAS

Oleh kerana siang tadi berbuka tak makan nasi jadi sahur nie nak la rasa makan nasi.
Lauk cukup simple tapi membuka selera di awal subuh.

SARDIN MASAK SAMBAL CILI HIJAU.




Rabu, 2 September 2009

MENU SAHUR YANG PALING SESUAI DAN MUDAH

Ha ha ha, saya nak bagi tau menu bersahur kita orang nie. menu ni sangat mudah untuk disediakan dan mengenyangkan. walaupun tank aku ni beso tapi bangun pagi tak boleh jugak nak di isi macam-macam. bak kata cikgu nik "orak patek doyan la tekak ku nek orank enek iwak wadik". pehhhh, nak payah2 pulak, cuba la menu kami sekeluarga sungguh mudah dan boleh didapati di pasaraya berhampiran.





Untuk lebih afdhal, kunyah la 3 biji kurma bersama segelas air masak. memang ok boleh tahan sampai berbuka tanpa sebarang bunyi-bunyian keroncong, asli, inang, cak lempong atau muzik rock di siang hari.





..



PUASA KE 11.

Hari ni menu tak sengaja, Hari ni kan hari pertama bersekolah dalam bulan puasa nie. bukan apa petang tadi balik sekolah lambat banyak coz hujan lebat, siap2 semua sempat g pejabat pos, pastu g Plaza Angsana kira nak shoping la. beli baju anak-anak untuk raya.

Malas nak g lewat2 takut sesak, payah pulak bulan pose ni rupanya ramai jugak umat manusia. nak berbuka tengok semua meja telah penuh ada orang duduk dah. dah habis shoping beli KFC bawak balik jer. Berbuka kat rumah sendiri lagi selesa......................



Ok tak menu ni. kalau berkenan cuba la try untuk berbuka.

..

Selasa, 1 September 2009




SEMPENA 31 OGOS.............

Hari nie berbuka di Kg sempena dengan sambutan merdeka bersamaan sekali sambut Hari Lahir abang ipar aku (Abang aduk @ hamzah). sempat la buat Tahlil untuk awrah2 yang dah tak de lagi.
Menu hari nie ringkas jer.
-Lontong @nasi impit bersama kuah kari.
Menu sampingan
-roti jala,
-Udang goreng sambal,
-otak-otak kempas,
-martabak dan
macam-macam la kita orang adik beradik bawak same-same.
Bini aku sempat la singah Perling Mall beli kek sempena sambutan Hari Jadi ni. kira tak sah kalau tak de kek. (blue berry lagi tu).
semuanya ada dalam paparan dibawah ni.....................


MENU SIMPLE JER.............

Hari nie berbuka menu simple jer. tengok la kat bawah nie. buat bihun goreng berlada hitam, sambal bilis dan kuih abuk-abuk. bukan nak diet tapi rasa macam dah jemu jer nak makan nasi. dari kecik sampai tua nie asyik nasi jer. ntah la.......

mesti tak terliur kan? tapi ada kenangan pasal bihun goreng lada hitam nie. masa aku kerja kt melake dulu memang selalu buat. habis semua opis mate aku ikut balik coz aku masak sedap sangat2. tak percaya tanya la kak mas n masita. yang lain tu tak perlu la aku sebut namanya.........
..

MANJAKAN ANAK @ KEPERLUAN..................

Ha, ini pulak pasal anak sulung aku yang baru berumur 5 tahun. mama dia dah janji kalau kakak dah boleh membaca sok mama belikan basikal. dari umur 4 tahun dah kenal huruf dan merangkak-rangkak baca sukukata sampai sekarang dah boleh baca Harian Metro tapi basikal tak beli jugak. bila mama nak belikan basikal kakak? sapa suruh berjanji?
tapi kadang2 janji tu pembakar semangat. Betul ker??



Dulu basikal berharga $90 jer dah cantik, tapi sekarang tengok la kat bawah ni........... paling mahal kat kedai apek ni RM13,300, siap ada geran lagi macam motorsikal pulak. harga dah menyamai BMW second hand keluaran tahun 1969 jer........



Kejap lagi hero ni pulak nak basikal. dia dah jeling-jeling jer tu. kalai dia nak yang kat atas ni jawabnya setahun tak beli beras la..... Almaklum la hidup kat JB nie semuanya mahal2. limau kasturi 6biji RM1 kau. mahal nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. jangan tak percaya.

maka tertunai la kakak nak basikal. biasa kalau balik umah embah kt sg tawar jer boleh naik basikal tapi sekarang dah boleh berbangga kat umah sendiri dah ada basikal. sok kalau nak pindah nak bawak cm ner? jual mesti tak laku punya, harap beli jer mahal.............
ok cau dulu.
..


PERSEDIAAN HARI RAYA

Ha, en3 kali ni dipaparkan pasal persiapan menjelang hari raya. puasa pun belum dapat separuh bulan tapi yang lain lebih2. ni la namanya ragam pempuan. rezeki masing-masing.





..