.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.

.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.
.:: Sangat sesuai untuk kanak-kanak 3-5 tahun, Prasekolah, Pemulihan dan KIA2M ::..

Isnin, 16 November 2009

KEJOHANAN HOKI OUTRECH (B12) DAERAH JOHOR BAHRU

Setelah berhempas pulas berlatih setiap petang selama ini, maka hari ini tiba lah penentuannya iaitu Kejohanan Hoki Outrech B12 Daerah Johor Bahru. Kebetulan aku ada kursus di Parit Raja hari ni maka sebelah pagi tak dapat la nak beri kata2 semangat kerana seawal 6.30 pagi lagi saya telah bertolak ke Batu Pahat.
Setelah tamat sahaja seminar di SK Parit Raja maka merempit la saya balik ke JB nak lihat hasil usaha saya setiap petang melatih bebudak ni. Tapi nak buat mcm mana............ dah tak de rezeki la tu. setelah layak ke peringkat separuh akhir maka bertemu la musuh tradisi (SK Bukit Kempas) maka berjaya la SK Taman Perling dibelasah 4-1. Ini lah yang saya paling kecewa la. masa latihan ok semua tetapi bila main mcm hampassss...... siap ada sampai campak stick mesti la kena penalty corner. 2 biji hasil gol padang kesilapan yang tak sepatutnya dilakukan.
Dengan kekalahan ini maka hanya layak untuk beraksi penentuan 3-4. Lagi sekali malang menimpa setelah tewas dengan SK Taman Cempaka 2-1. apala nasib petang ni.... semoga kekalahan ini dijadikan iktibar dan panduan untuk lebih cemerlang di masa hadapan. Berikut sedikit gambaran di kejohanan tersebut petang tadi.







Banyakkan usaha dan tingkatkan latihan untuk persediaan di tahun hadapan. SK Taman Perling setanding Akademik. jumpa lagi di tahun 2010 di Pasir Gudang selaku tuan rumah peringkat negeri Johor.
..

0 ulasan: