.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.

.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.
.:: Sangat sesuai untuk kanak-kanak 3-5 tahun, Prasekolah, Pemulihan dan KIA2M ::..

Sabtu, 25 Julai 2009

KURSUS LADAP DI SK SERI KENANGA

Khamis, 23 Julai 2009

DAPAT BABY BARU (ANGKARA H1N1)

Pada hari rabu yang lepas, dapat le sms "salam, saya dah bersalin kul 9.50 pg td kat HSI, tq". tak terkejut la coz memang dah tau dekat due dah. Lepas solat asar kami sekeluarga berangkat lah sempat singah kat Giant jap beli apa2 yang patut. Bila sampai sana nampak la anak ct yang kembar tu dengan papanya. bila tanya dia cakap budak tak boleh naik. apa lagi mcm buang masa jer kita org datang kalau tak boleh naik. jadi aku gilir2 dengan my wife la untuk melawat. jadinya sempat la dalam 1/2 jam jer. Angkara H1N1 la budak2 nie tak boleh naik. Apa2 pun semuanya selamat. Ni lah wajah anak Kak Tipah yang bulat ketika dilahirkan 3-2kg sahaja. Kami sekeluarga mendoakan semoga sihat2 saje n cepat besar. Hero ke 5 keluarga Irwan &Tipa.

Tahniah, cuba lagi selagi belum dapat girl.








..

Rabu, 22 Julai 2009

AKTIVITI KUMPULAN

Dah lame tak buat kolaj, last sekali tema pakaian. tengok la yer..........

>

Selasa, 21 Julai 2009

Tawaran Penceramah Bengkel Pembinaan Laman Blog

Apakah kepentingan nilai tambah bagi seorang guru.................................



ha ha ha, baca jer ayat diatas macam lain jer bunyinya. untuk bakal guru@ sesapa yang nak jadi cikgu penuhkanlah ilmu didada dengan pelbagai kemahiran dan kebolehan individu. selain memudahkan kita menjalankan tugasan utama (P&P) tapi dengan kemahiran yang ada dapat membantu kita menjalankan tanggungjawab yang ditugaskan dengan sempurna.
bukan ler apa, minggu lepas baru jer bagi kursus LADAP tentang membina laman blog, pagi tadi pulak dapat faks surat jemputan untuk bagi kursus benda yang sama di SK Seri Kenaga, JB. Alhamdulillah, peluang mcm ni tak seharusnya ditolak. Walaupun sekadar guru prasekolah tetapi .............................. (teringat tahun lepas bagi ceramah kepada guru2 prasekolah daerah segamat).





Isnin, 20 Julai 2009

BUAH HATI KESAYANGAN PAPA.

Ni la gambar laila, zakwan dengan papanya. yang tudung purple tu masa kat sekolah kakak la. bulat sangat mcm papa dia jugak. yang kat sebelahtu gambar masa kejohanan hoki negeri johor d pontian. tengok ada kayu hoki kat belakang jenama Grays.

yang kat bawah tu gambar diambil masa nak solat maghrib, pastu g ngaji dengan ustazah CT Azizah. zakwan nampak bulat pakai songkok tu.


gambar yang single tu zakwan tengah termenung...................................


Ahad, 19 Julai 2009

HAKIKAT SEBUAH BANTAL......

Anda di ketegori mana???????????
1) Memeluk Bantal Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
2) Menggunakan Banyak Bantal Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.
5) Tidur tanpa BantalMereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
6) Tidak punya bantal Kasihan betul... pergi kedai belilah satu hahahhaa... kat Giant murah2 tau.
aku suke baca nie.. hope korang pon enjoy k!!.. :) wassalam.....

Sabtu, 18 Julai 2009

Bukan Sekadar Guru Prasekolah...................

Hari ini 18 Julai aku telah diberi kepercayaan untuk memberikan Kursus Membina Laman Blog untuk semua guru-guru SK Taman Perling.
Siapa lah aku dimata mereka?
Guru Prasekolah Jer.............
tapi dengan berbekalkan Ilmu di kepala (bukan nak tunjuk pakar tetapi sekadar berkongsi Ilmu untuk semua) maka aku akhirnya menyahut cabaran ini dengan jayanya.
Dan aku tidak keseorangan dengan dibantu oleh Ustaz Sahrin Abd Razak (jqaf), Cikgu Umi Khalthum binti Ibrahim (guru data) dan Cikgu Sharieda bt Mohd Salleh (guru ict)selaku fasilitator. Memang team nie lah yang aku harapkan, kita sama-sama buat kerja untuk membangunkan portal SK Taman Perling, Idea dan pendapat serta kemahiran dicurahkan sehingga terhasillah sktamanperlingjb.blogspot.com.
walaupun aku seorang guru prasekolah tetapi aku mampu untuk memberikan sumbangan kepada pihak sekolah yang terlalu besar nilainya. bukan diukur dengan wang ringgit atau ganjaran yang kami harapkan tetapi apa yang aku hasilkan dapat menjadi sumber dan rujukan semua pihak. walau sekalipun aku telah kembali kerahmatullah (entah bila masanya) nescaya inilah hasil tingalan aku untuk tatapan semua.
mana-mana cikgu2 yang diluar sana sahut lah cabaran yang kita mampu melakukannya malah boleh buat yang terbaik walau apa cara sekalipun. ini sedikit gambaran yang sempat diambil ketika berlangsungnya LDP tadi.






















Jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong usaha murni ini. TQ.
jumpa lagi........................................


Isnin, 6 Julai 2009

SUMBANGAN DAN PENGORBANAN GURU, ADA LAGI ORANG LEBIH SUSAH JIKA DIBANDINGKAN........

Hari ni 6 Julai 2009, mcm biasa lah aku g sekolah mcm biasa. cuma biasa aku bawak la motor aku yang telah dicuri orang tu. maka hari nie aku g sekolah naik motor buruk yang telah berusia 12 tahun. motor kriss (BFR2014) ni la yang aku gunakan di kampus. masa tengah study dulu. tengok la sticker UKM tu ada lagi belum pun tertanggal. 1997/2000. tapi itu semua tinggal kenangan sehingga lah motor aku hilang terpaksa la naik motor cabuk ni. terima je la hakikat.....
Yang best nya tadi ada tv3 datang kat sekolah(school Attack), kebetulan minggu ni aku yang bertugas. oleh kerana ada sorang budak tahun 5 sakit jadi aku terpaksa hantar dia balik umah. tapi aku bawak motor cabuk jer hari nie. tak kisah lah. maka aku bawak la budak tu naik motor cabuk yang sangat banyak jasanya tu. bila sampai kat rumah budak tu (kg sg serdang)..............
peh, boleh meleleh air mata beb.. rumah dia sangat daif sekali, keadaan rumah yang telah uzur dan diperbuat daripada bahan2 terpakai dan terbuang. terletak di bibir tanah diantara air dan tebing. daripada kesan-kesan tanah mendapati air laut akan naik sehingga ke dalam rumah ketika air pasang. memang sangat sedih sekali. tak dapat dibayang kan lah.........
diri ini tak akan sedar bila kita sentiasa mendongak ke langit tanpa melihat di bumi. aku rasa walaupun aku naik motor cabuk ni tapi ada jugak rezeki aku dibandingkan orang lain yang lebih susah dan miskin. seharusnya aku bermuhasabah diri bahawa masih ada orang yang lebih susah lagi.....................
shup, shup, shup, shup......... sedih sangat la tapi aku masih lagi meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru yang cekal dan gigih walau apa jua situasi dan tak pernah kenal jemu.
ok babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii



ha ha ha, sempat pulak snap kamera sebelum g sekolah.... awas, langkah keselamatan diutamakan tau. my daughter helmet tu ada cop sirim tau.. kalau hujan merempit la jawabnya.

Khamis, 2 Julai 2009

RAJA BUAH...........

Dalam sibuk2 bercuti yang lalu, maka sampai la musim buah. dah lama dah amik gamabar nie cuma tak sempat je nak wt en3 pasal buah. aku memang hantu tengok buah ni, memang pantang lah. pantang jumpa..... tengok la sendiri.

yang kat atas - ni durian gajah namanya. rasa ada pahit-pahit sikit. yang besnya buah dia mesti beso-beso sampai 6-7 kilo sebiji. kadang2 jatuh jer dah pecah, mana taknya berat jer dah 6-7 kilo, kalau pokok tinggi 25 kaki, apa cerita. nak habiskan sebijik pun payah tapi aku dengan selamber jer sekali duduk habis. lepasnya pening kepala. ada tu, kalau nasib kita baik dalam durian nie ada durian lagi. boleh belah lagi makan semua cuma kalu nak buka mula-mula tu payah memang la ada buah lagi la kat dalamnya.

tengok tu, banyak tu tak la cuma kadang-kadang sekali kutip dapat 7-8 keta sorong. kg aku memang tak de nama pokok buah nie. buah kelapa ada la. itu pasal memang aku heran sangat nampak buah nie. sampai makan tak pernah nak puas.mengimbau kenangan dulu kebetulan masa aku kawin dtg johor tengah musim buah, jadi apa lagi rombongan pengantin turun jer bas serbu buah durian. yang tak kurang bestnya tengah makan siap ada yang jatuh lagi, nasib baik tak kena kepala kalau tak mesti wat kenduri arwah sekali. malamnya tak boleh tido, bukan apa gelisah nak tunggu pagi kutip durian. dah berpuluh-puluh biji dengar buah jatuh tapi tak pagi-pagi lagi. sekarang dah cool sikit la dengan durian nie.
dah musim hujung-hujung. buat keluarga aku yang kat kampung (sabak bernam) aku tak lupa. dah banyak aku buat lampuk durian dengan tempoyak. sok bila-bila aku balik boleh la rasa. biasa buat inti koci etc all.
buat kawan2 aku yang dah lama tak jumpa aku tak tapek la nak nolong. tengok jer la n amik bau. kawan2 kat KYM dulu puas jugak la, taman molek, taman perling sapa2 jer lah.
sampai jumpa lagi. babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Rabu, 1 Julai 2009

PENCURI DIMANA-MANA. MASIH SELAMAT KAH LAGI KITA????

Bukan la nak kata apa, ini cuma secebis luahan hati mangsa angkara dunia dan nafsu. Alhamdulillah dengan rezeki Tuhan yang telah aku simpan selama ini, maka tanggal 22 julai 2008 aku telah membeli semuah motosikal. oleh kerana malas nak bayar secara ansuran dek kerana interest yang agak tinggi maka di bayar la secara tunai. dipanjangkan cerita maka setiap hari lah aku g ulang alik kerja naik motor ini. perling ke taman molek makan 21km setiap hari makan awal tahun lepas permohonan pindah diluluskan makan SK Taman perling lah tujuannya. dekat jer dari rumah cuma 5 minit. Lihat lah motorsikal dibawah.


Maka setelah setiap hari pergi ke tempat kerja, maka terparkir la motor itu digaraj (lihat gambar dibawah) seawal jam 6.40 setiap hari. tengok nampak tak JLC2611. kebetulan tempah nombor plat masa beli sama pulak dengan no kereta (AEM2611).




Hari ini tanggal 1 Julai 2009 terlipat sejarah hitam dalam hidupku, motor yang selama ini menjadi penggangkutanku bergerak kemana sahaja telah hilang. seawal jam 6.00 pagi setelah aku bersiap untuk menghantar zakwan ke rumah mak(pengasuh) tiba-tiba motor telah tiada. hampir pitam, setelah aku mendapati pagar rumah ku kena ceroboh dan berjaya juga sipencuri membawa motorsikalku walaupun telah aku gunakan kunci kedua dan ketiga tapi berjaya juga dibawa lari tanpa memberi salam atau meminta izin dariku. lihat lah gambar dibawah ini sebagai saksi dunia.





UJIAN TUHAN. memang benar seperti apa yang dikatakan tetapi hakikatnya sejauh mana aku tabah menghadapi ujian ini. sedangkan 28hb jun 2009 (ahad) baru saje rumah sewa adik aku musnah sama sekali dijilat api yang tinggal hanya sehelai sepinggang. kini menumpanglah dirumah keluarga aku merempat memohon simpati insan yang sudi menghulurkan bantuan. aku boleh terima keadaan dan memang benarlah ini Ujian Tuhan, tetapi kenapa aku pulak yang terpaksa menghadapinya. tidak mengapa lah, angkara dunia dan nafsu aku terpaksa begini. terima lah hakikan qada' dan Qadar ini dengan tabah dan rela hati. nescaya aku Haramkan kepada umat manusia yang telah mengambil harta aku tanpa keizinanku. aku hanya mampu berdoa dan bertawakal setelah penat berusaha semoga hari-hari yang akan aku lalui akan datang dengan aman dan tenteram.
"JLC 2611, tinggal kenangan"
..

ISU BAHASA TAMBAHAN. DI MANA SILAPNYA???