.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.

.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.
.:: Sangat sesuai untuk kanak-kanak 3-5 tahun, Prasekolah, Pemulihan dan KIA2M ::..

Sabtu, 31 Oktober 2009

JEJAK KASIH............

Salam 2 all. hari ni sempat jumpa kawan lama satu sekolah di samt dulu. dia turun JB tapi kebetulan aku nk g langkawi, cuma sempat sembang beberapa patah perkataan sahaja dan sempat juga seteguk air di singgah selalu. Kawan kita ni wartawan Dapur Impiana (Marliana Shahsuddin)




Ni gambar bujang aku ni, bukan main melaram papanya nak g langkawi............ babaiiiiiiii, nanti papa belikan baju langkawi dengan coklat. lepas makan coklat gosok gigi tau.

Khamis, 29 Oktober 2009

TAHNIAH SELANGOR

Walaupun ada secalit perasaan keciwa diatas kekalah selangor dengan Terengganu tetapi hati masih tidak berganjak untuk menyokong selangor. Tempat tumpahnya darahku (walaupun aku kerja dekat johor dan berkahwin dengan orang johor). jangan kuat-kuat, tido luar nanti. ha ha ha.....



..

Ahad, 25 Oktober 2009

TERSINGKIRNYA SELANGOR DALAM PERSAINGAN PIALA MALAYSIA BERMARUAH

Keputusan perlawanan suku akhir kedua di Staduim Sultan Ismail Nasiruddin, Kuala Terengganu malam tadi amat mengecewakan ribuan peminat selangor yang berkunjung menyaksikan perlawanan tersebut sambil disaksikan TV1. Termasuklah saya. Kekalahan dengan tendangan penalti 5-4 setelah kedua-dua pasukan bermain 120 minit tetapi masih berkedudukan agregat 2-2. Tendangan Mohd Nasriq Bahrom berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang Terengganu Mohd sarbinee allawee(apasal banyak sangat huruf e ni).



Selasa, 20 Oktober 2009

MENGHADIRI UNDANGAN PERKAHWINAN

Semalam sempat memenuhi jemputan kahwin anak lelaki En Wan Ismail dengan Pn Hafshah Salleh di Taman Johor Jaya. Pasangan pengantin Hidayat & Lidyana ini kami doakan bahagia dan berkekalan ke akhir hayat. Walaupun undangan guna sms tetapi hajat kami memang teringin menghadiri dan kebetulan ada kelapangan waktu.



Cuaca pun Alhamdulillah dan kami menikmati juadah yang sangat lazat, warisan turun temurun warga johor iaitu Nasi Bryani Gam. Kebetulan semasa kami berangsur nak balik rombongan pengantin tiba denga diiringi 2 polis trafik. memang gren lah. Tahniah kerana dapat menantu dan tahun depan dapat cucu.
Terima kasih.

Isnin, 19 Oktober 2009

LAWATAN KE LANGKAWI LAGI.............

Bunyinya macam dah banyak kali g langkawi. tapi inilah kali ke2 g pulau peranginan tu. Bukan g sajer2 tau....... Hujung tahun lepas dah pergi masa saya masih di PPD Pasir Gudang. best jugak la. Nak tengok gambar-gambar click jer. Pengalaman kali pertama. lepas ni boleh la bawak family pulak, lagipun ada kawan yang ada motel kat pantai cenang tu. apa2 hal kol jer gamat@ najib kt pekan kuah tu.




Isnin, 12 Oktober 2009

NYAWA BOLEH DIBELI KAT KEDAI $2 KOT..........

salam 2 all. Kenapa topik kat atas bunyi lain mcam jer......... bukan per, gambar2 ni disnap ketika Hari Raya Ketiga semasa balik dari menziarahi sanak saudara di Daerah Manjung. Cakap banyak pun tak guna, tengok jer la.......... bukan ops sikap yang gagal, tetapi sikap pemandu kita yang gagal...........






Daripada 2 lorong terus bercabang menjadi 3 lorong, itu belum lagi yang memotong mengikut bahu jalan. kalau tak sayang kereta tak per la, ini memang tak sayang nyawa namanya, Apa dia orang ingat nyawa ni boleh dibeli kat kedai dua ringgit ker???????????????





Tapi glamer la, gambar keta dia masuk blog wak jenal................................
..

ANAK SAPA NI???????

semalam sempat la sinagh jap g angsana. tengok la bukan main lagi budak 2 orang ni kat atas pentas. anak sapa lah ni...............................

Kalau berminat nak jadikan model boleh la hubungi no berikut:- 0197932446



kuang, kuang, kuang..... jangan marah ahhhh.
.

Ahad, 11 Oktober 2009

MASJID TAMAN PERLING TIDAK KETINGGALAN MEMERIAHKAN AIDILFITRI.......

Tengok tu, sambutan hari raya dimana-mana sahaja...... masjid taman perling pun turut serta dengan menjamu semua ahli koriah masjid dan golongan kurang upaya serta saudara baru daerah johor bahru.........



Turut memeriahkan dan memberikan duit raya kepada saudara baru, Ahli Parlimen Pulai, Dato' Nurjazlan Tan Sri Mohammed Rahmat. sempat bersembang dan mendegar permasalahan penduduk setelah menikmati juadah yang disediakan.



Hidangan macam astro la, macam-macam ada. tengok jer lah yer dari satey, nasi briani ayam n kambing, nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh, pelbagai kuih-muih, mee rebus, cendol perling dan pelbagai jenis pencuci mulut serta buah-buahan.







..

Isnin, 5 Oktober 2009

KUNJUNG MENGUNJUNG AMALAN MULIA DI HARI LEBARAN

Haaaa, bukan nak cakap banyak lah. ni la tetamu yang sudi datang ke teratak buruk saya. Pn Fauziah (kak Gee) sekeluarga. memang mesra sangat la kami ni walaupun tak de talian keluarga cuma rakan guru prasekolah jer. ini bukan kali pertama kami berjumpa dan sembang2. lame sangat la, siap baring2 lagi. buat la macam umah sendiri. kami tak kisah pun. tak de istimewanya pun........ tunggu la saya pindah rumah sendiri kot kalau nak buat apa2 pun. harap memahami yek.



Tengaharinya sempat menziarahi keluarga Pn Norasikin (cikgu prasekolah SK TU 2). ala, dia ni kawan aku masa kt maktab dulu. apa2 hal kita orang still kip in touch.


click disini.





Buat kawan2 yang mengenali diri ini jemput la datang ke rumah ye, apa2 pun call dulu @ sms jer takut rumah tiada berpenghuni...........



..