.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.

.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.
.:: Sangat sesuai untuk kanak-kanak 3-5 tahun, Prasekolah, Pemulihan dan KIA2M ::..

Jumaat, 27 November 2009

IBADAH KORBAN.

Alhamdulillah, Hari Raya Haji tahun ni memang kena turn Johor. makan tak balik sabak la. Dengan rasa rendah diri selepas solat hari raya aidiladha dan selepas solat Jumaat, Ibdah korban berjaya di jalankan hasil sepakat dan kerjasama warga penduduk Kg Melayu Raya, Pekan Nenas. Hasilnya 6 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah terkorban. layan...............


..

Isnin, 16 November 2009

KEJOHANAN HOKI OUTRECH (B12) DAERAH JOHOR BAHRU

Setelah berhempas pulas berlatih setiap petang selama ini, maka hari ini tiba lah penentuannya iaitu Kejohanan Hoki Outrech B12 Daerah Johor Bahru. Kebetulan aku ada kursus di Parit Raja hari ni maka sebelah pagi tak dapat la nak beri kata2 semangat kerana seawal 6.30 pagi lagi saya telah bertolak ke Batu Pahat.
Setelah tamat sahaja seminar di SK Parit Raja maka merempit la saya balik ke JB nak lihat hasil usaha saya setiap petang melatih bebudak ni. Tapi nak buat mcm mana............ dah tak de rezeki la tu. setelah layak ke peringkat separuh akhir maka bertemu la musuh tradisi (SK Bukit Kempas) maka berjaya la SK Taman Perling dibelasah 4-1. Ini lah yang saya paling kecewa la. masa latihan ok semua tetapi bila main mcm hampassss...... siap ada sampai campak stick mesti la kena penalty corner. 2 biji hasil gol padang kesilapan yang tak sepatutnya dilakukan.
Dengan kekalahan ini maka hanya layak untuk beraksi penentuan 3-4. Lagi sekali malang menimpa setelah tewas dengan SK Taman Cempaka 2-1. apala nasib petang ni.... semoga kekalahan ini dijadikan iktibar dan panduan untuk lebih cemerlang di masa hadapan. Berikut sedikit gambaran di kejohanan tersebut petang tadi.







Banyakkan usaha dan tingkatkan latihan untuk persediaan di tahun hadapan. SK Taman Perling setanding Akademik. jumpa lagi di tahun 2010 di Pasir Gudang selaku tuan rumah peringkat negeri Johor.
..

KURSUS PEDAGOGI KURIKULUM STANDART PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010

Hari ini, Isnin 16hb Nov telah berlangsung seminar pedagogi Kurikulum Standart Prasekolah kebangsan bertempat di SK Parit Raja. Kat sekolah ini dan didewan ini lah aku mengambil plak dan sijil Naib Johan peringkat negeri johor bagi kategori Kelas Prasekolah Cemerlang (Sk Dalam Bandar). Masih segar dalam kotak lipatan dan kedatangan saya kali ini adalah untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin untuk pemantapan P&P untuk tahun 2010. Beriku:t secebis coretan majlis tersebut




Tengok tu, cikgu prasekolah lelaki boleh dibilang dengan jari. Tapi yang penting objektif kita tercapai. kalau dulu 3m sekarang 4 m (membaca, menukis, mengira dan menakul).

Isnin, 9 November 2009

MENU HUJUNG MINGGU

Hari ni 8hb masak menu campak2 jer. Maklum lah masing2 penat bar
u balik hari keluarga di Tunjuk Laut Beach Resort, Tanjung Leman.......
Ringkas tetapi berhasiat dan yang penting sedap.............



Menu utama siakap masak stim, kukus jer pastu bahan main campak jer...... tengok tu, kecur air liur punya.....




Sayur pulak, sawi jepun goreng + telur ayam berlada hitam. Ringkas, dan yang penting anak-anak suka.......
cuba la resepi ni..

Sabtu, 7 November 2009

AKHIRNYA AKU BERJAYA JUGA SETELAH BERUSAHA..................

Aku kena AJK Persiapan tempat, setelah aku berpanas berhujan mencari sebutharga dewan dan mencari tempat yang sesuai kini segalanya telah berlalu. Berbaloi-baloi usaha aku, ada sikit bangga coz masalah tempat dapat diatasi dengan sempurna atas usaha aku, korban masa dan tenaga, kena maki, kena pau, kena marah, kena hujan basah lencun dan mcm2 asam garam.
Majlis Konvokesyen Prasekolah Zon Skudai 2009 telah berlangsung di Dewan Raya Taman Universiti MPJBT pada hari Khamis 5hb November 2009. Tahniah kepada semua graduan prasekolah dan jutaan terima kasih kepada semua yang turut menjayakan dengan jayanya.









Barisan Guru Besar Zon Skudai yang sedang menungu ketibaan tetamu jemputan Pn Norhayati binti Ja'afar selaku Pengerusi Puspanita Daerah Johor Bahru.








Pasukan kompang, bunga pahar dan bunga manggar dari SK Kompleks Uda.




Ketibaan tetamu jemputan disematkan bunga oleh adik Sazliana binti Sulan daripada Prasekolah SK Taman Perling.



Diiringi masuk sambil dipimpin oleh murid prasekolah SK Taman Perling, adik Sazliana binti Sulan dan adik Nuraliah afrina mohd Radzi.




Tekun menyaksikan persembahan kompang berirama dan tarian rampai.







Mendengar amanat dan pesanan daripada Pn Hajjah Thalasawati selaku pengerusi prasekolah zon Skudai dan seterusnya ucapan perasmian oleh Pn Norhayati binti Ja'afar.








Selamat menjamu selera, persiapan dan hidangan adalah persembahan SK Taman Universiti 2 den Catering dari SK Kompleks uda.








Barisan graduan prasekolah SK Taman Perling sabar menunggu giliran untuk menerima sijil diatas pentas.
sampai jumpa lagi di tahun depan. Terima Kasih.





..






BINGKISAN DARI PULAU LAGENDA LANGKAWI

Pada 30hb Oktober, rombongan Guru-guru Prasekolah Daerah Johor Bahru telah mengadakan lawatan penanda aras ke beberapa buah prasekolah di Pulau Langkawi. Berikut sedikit gambaram lawatan tersebut.



Sebelum bertolak sempat juga mendengar sedikit amanat daripada PPDR, En Jamarudin Abd Rahman di dalam bas.


Ketika dalam perjalanan, masing-masing lena diulit mimpi. Berhenti dihentian R & R air keroh untuk minum malam dan R & R Bukit Merah untuk menunaikan solat fardu subuh.




Menikmati sarapan nasi lemak daun pisang sumbangan bapak mertua. Terasa sedap sangat dan berasa, maklumlah beras baru. Rasa macam nak lagi jer.





Ketibaan kami dijeti Kuala Perlis disambut oleh JU Prasekolah Perlis (berbaju hijau) sambil dihidangkan laksa Perlis.




Pemandangan didalam feri dan sekitar kawasan jeti Kuala Perlis.






Memandangkan perjalanan yang jauh dfan memenatkan, didalam feri pun masih sempat lena lagi. Tilam empuk la yang diimpikan.







Membuat kunjungan salam ke Haji Ismail Group untuk meninjau-ninjau apa yang dipamirkan dan berangan-angan untuk memilikinya.













Kunjungan ke kilang gamat. borong la segala macam produk gamat.







Langkawi Cabble Car, tidak sah sekiranya tidak menaiki kereta kabel pulau langkawi.






Sekitar Pemandangan dikawasan Prasekolah SK Pekan Kuah, bersebelahaqn dengan PPD Langkawi.










Pemandangan dikawasan Beras Terbakar Padang Mat Sirat, dan menikmati Ikan Bakar Pulau Langkawi.











Pemandangan dikawasan makam Mahsuri, Telaga Mahsuri, Rumah Tinggalan Mahsuri, Panggung Mek Mulong dan galeri sejarah.







Penulis sempat mengambil gambar di Dataran Lang dan Kapal layar Jalur gemilang yang digunakan oleh Dato' Azhar Mangsur mengelilingi Dunia.











Sarapan terakhir sebelum meninggalkan Pulau Lagenda ini.







Wah, bukan main berselera sekali menikmati laksa penang sumbangan Cikgu Aida sekeluarga. Keluarganya berbesar hati menjamu kunjungan kami seramai 40orang.
Ambilkan saya buah Delima,
Masak sebiji di balik daun,
Budi tuan saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.
Terima kasih daun keladi,
kami datang nak makan laksa lagi.
Johor Bahru destinasi dituju. Terima kasih kepada semua...................
..

Khamis, 5 November 2009

BUAH TANGAN DARI LANGKAWI

Ini jer yang dapat dibeli dari langkawi, maklum lah orang lelaki ni tak berapa gemar bershopping. Boleh la buat jajan anak-anak dan buah tangan isteri tercinta. Anak2 yang 25 tu dah dikhaskan cokelat dan kawan2 semua ada bahagian masing2. sikit2 jer la yer. membazir tu kawan syaitan.














..

SAMBUTAN HARI LAHIR ANAK SULUNG KU.................

Hari ini 4hb November bersamaan dengan tarikh lahir Anak perempuanku yang sulung ni. nak tak nak kecoh nak bawak kek g sekolah. apa lagi, sambar jer la kek choc ni. mesti sedap lah, tapi budak2 bukan memilih nak espreso ker yang penting ada kek.








ok, selamat hari jadi kakak. Dah besar pun, sok ajar adik bacabuku tau.........




..






..

PERTEMUAN DIRANCANG...........

Sempat la sembang2 dengan kawan lama masa kt IPBMM sama opsyen, mangkin kuruih rupanya dia.

..