.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.

.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.
.:: Sangat sesuai untuk kanak-kanak 3-5 tahun, Prasekolah, Pemulihan dan KIA2M ::..

Isnin, 31 Ogos 2009

Menu hari ni banyak la.........

Hari ni ringan tulang sikit jadi menu pun banyak. sajer nak test kepakaran memasak bukan apa. tengok jer la menu yang ada........



- Masak lemak kunin udang dengan nenas.
- Kailan goreng belacan.
- Martabak (ni untuk sibulat aku la, dia suka sangat).
- Kerabu Mangga.
-Terung pipit (cepokak dalam bahasa German) sambal tumis hijau.
- Air Kelapa Muda ( The Gun, orang German panggil yang banyak terdapat di Sabak bernam)

Air kegemaran cikgu nik, dek'e ngomong nang kelanten akeh uwong ngedol banyu the gun nang tepi dalan tapi nyapo nang sabak bernam orank eneng wong ngedol padahal pokok kambil pirang-pirang. waa, aku boleh salute tabik sepring toing toing toing la, oghre kelate panda kecek jowo. tapi harus di ingat bininya orang sabak bernam dan dia pun 15 tahun ngajar kat sana. kawan aku yang duduk serumah dengan aku selama 3 tahun pengajian aku masa kat U dulu pun kira boleh la cakap n faham. (Hashim Supree) dengo kabo jual ikan bakar sempena bulan ramadhan ni di pendang, tapi kureeeng sikit katanya sebab tiap-tiap petang hujan jer.............

..


BERBUKA DI RUMAH KAKANG (MENU SPECIAL)

Tengok jer la menu yang menyelerekan ni..................

ikan bakar
masak lemak cili api ikan talapiah
ikan goreng (untuk bebudak coz tak pedas)
asam pedas ikan sembilang
kangkung goreng belacan
ulam pucuk ubi




sambal petai dengan bilis
masak lemak kuning ikan kembung (tak pedas gak)
air jus mangga

masing2 tank beso jadi kena isi full.


Keluarga Tuan Haji Nor bin Hj Yassin sekeluarga............... (macam kenal jer yang baju merah tu??

Ahad, 30 Ogos 2009

BANYAKKAN BERSEDEKAH DI BULAN YANG PENUH KEBERKATAN INI

Haaa, dalam en3 kali nia adalah pengalaman kisah benar. ceritanya pasal pacat. masa kat KG tempoh hari sempat la jugak berbuka puasa dengan "the gun" kalau dalam bahasa inggeris tu maknanya senapang tapi dalam bahasa german bermakna isi kelapa muda. memang sangat sesuai untuk dijadikan juadah berbuka puasa. Oleh kerana my wife ada rasa2 mcm letih ajer, ngantuk ajer, loya2 jugak n teringin jer minum air kelapa muda makan tanpa berlengah lagi aku capai kait kelapa untuk mengambilnya. dapat la 7-8 biji. free ni, amik jer la kalau kat JB sebiji dah $3 tu.
bila dah siap semua, maka balik lah untuk mengupas thegun ni untuk diambil air dan isinya. masa tu tak perasan lagi. sekali semua dah siap, tengok ni............
3 ekor pacat telah menyedut darah warga kota yang sangat lazat di bulan ramadhan ini. dengan penuh keikhlasan maka saya relakan je la. kira macam derma darah jugak la yer.......



kuang kuang kuang..............



..

Jumaat, 28 Ogos 2009

Hari ke-3 Puasa

Hari ni memang dah niat nak g bazar ramadhan di Pekan Sg Besar. wah, jangan tak percaya, macam-macam ada. dari yang mentah kepada yang bermasak semua ada. sediakan duit dan jari telunjuk ajer.................



Tengok tu, belum pun raya dah ada ketupat dan lemang, jadi blog nie macam samsul@bazar jer. tapi lain sikit la, bazar@blokwakjenal .... boleh la. sok aku balik JB kalau sempat aku masukkan la apa2 yang nampak kat bazar. tapi musim H1N1 ni takut ckit la nak g bazar. tengok keadaan lah.....


Ayam golek, kamping golek, silap2 kita boleh tergolek lepas berbuka sampai tak pergi solat terawih mcm ni..................



Tengok tu, macam2 jenis air. tapi yang paling sedap jus mangga cik eton. jus dia memang pekat dan sedap. Orijenal dari ladang..........., salah satu cara promosi tengok tu "soya, ada dibelakang" kita papan bilbord tu depan belakang boleh dipakai, kira double side. kreatiff jugak ler.....



Ya, pilih ye dipulih kak, rapat-rapat kak, air kak, tebu kak, macam2 ada............ tengok yang sebelah atas tu dah la macam terbakar jer, nak jalan pun susah.....
ok itu ajer.
..


Hari ke-2 berpuasa.

Petang ni berbuka buat simple-simple aje. mak masak lemak udang dengan nenas dan sup ayam. petang pergi bazar ramadhan di pekan sabak bernam. kamera pelak tertinggal dalam kereta jadi tak de la gambar di ambil cuma ini sahaja selepas puas membeli kembali ke kereta. amik gambar dari jauh ajer maklumlah kita punya HP ni tak de kamera. hp cap ayam ajer.




..

HARI PERTAMA PUASA

Pada petang jumaat yang lalu, apa lagi tak buang masa lagi bersegeralah meninggalkan Taman Perling untuk balik kampung. ha ha ha, nak balik kampung ni....... mcm biasa lah, berhenti kat R&R Ayer Keroh arah utara. gambar ni diambil selepas makan malam dan solat jama'. biasa pukul 10 malam dah sampai kampung tapi malam nie lain sikit. perjalanan tersangkut 1 jam 40 minit disebabkan 6 kenderaan terlibat dalam kemalangan melibatkan 3 kematian. peh ngeri gile, kereta viva dah jadi pizza, kejadian berlaku di Pasir Penambang Kuala Selangor. kebetulan malam ni kenderaan banyak pulak tu.



Ha, ni pulak masa dah nak berbuka bersam keluarga. maklumlah kami nie 30 orang adik beradik 2 lelaki dan sorang pempuan tapi bila dah kumpul ramai jugak. menu memang special la. aku sempat la masak tom yam campur dimakan bersama mee kuning. yang bestnya otak-otak kempas tak lupa buah tangan dari JB. mak pulak masak menu istemewa siakap 4 rasa. biasa 3 rasa tapi nie ada 4 pulak. 1 lagi tu rasa apa yek? rasa macam tak cukup banyak jer, nafsu tu namanya dengan tank yang dah semakin beso ni.




Haaa, yang ini pulak kerabu mangga. itu jer lah dia tau buat selain masak air dengan rebus telur..... sapa lagi, abang aku la. tapi ok lah, tak kurang menariknya bila dah kumpul adik beradik semua jadi sedap belaka. air cincau berselasih pilihan berbuka dengan dimulakan dengan kurma saffiya yusuff tayub. bukan yusuf tawang tau, itu kaki kencing je.... astaqfirullah, tak baik ngutuk orang bulan puasa ni, tapi dah memang sejak azali kot. mintak maaf ye sob.




Ok lah, esok aku masukkan lagi coretan sempena Bulan Ramadhan nie. Tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu



..

Khamis, 20 Ogos 2009

GAMBAR KENANGAN KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH NEGERI JOHOR 2009

Rabu, 19 Ogos 2009

KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI JOHOR 2009

Ha, sempena dengan Karnival Prasekolah Negeri Johor 2009 ni sempat la jumpa kawan2 lame semasa aku masih di PPD Pasir Gudang dulu. kebetulan Tahun ni Pasir Gudang jadi T
uan Rumah pulak. tempat bukan main selesa lagi maklumlah buat pun Kat Hotel Selesa. ramai kawan2 yang tak sempat nak amik gambar. Ispani (muar), Sukri n Anuar (Pontian) Abe Zaini (Kluang), yang akak2 pun ramai gak sampai tak ingat name pun ada tapi kenal la dari daerah mana. Johor ni bukan luas sangat, sebut jer wak jenal pasti seantero dunia prasekolah johor mengenali. ha ha ha.

Hanya nie jer gambar sempat diambil untuk tatapan kawan2.






..

Selasa, 18 Ogos 2009

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Hari ni nak sambut ulangtahun perkahwinan ke-6. Bawak la my wife n anak2 g berbuka puasa (kami memang rajin pose isnin khamis sejak 2 menjak nie) kat restoran tepi jalan je yang tak kurang fameosnya. sampai orang sabah pun dah tau. tak percaya tanya nazim di sandakan, zai di keningau dan cikgu said di london(londang, melaka).................... ala, wt pe makan kat hotel last2 jadi t**k jugak. sajer la nak puaskan perut dan hati jer tu. betul tak??


Kat bawah nia adalah sempat snap 2-3 keping gambar sapa2 nak tengok kami nie pelahab sampai bersih licin. bukan apa, membazir tu kawan syaitan. Buat kak mas dan masita kat melaka tu paling takut bila aku n family nak datang melaka. takut beras habis kita orang nak singgah melake. ada tu siap amik cuti pulak konon tak de orang padahal...............

yang sorang lagi tu siap kita orang tunggu kat bawah opis, dia tak jenguk2 pun. batuk pun tahan2 tahun kita ngendap nie dengo ada orang takut kopak nanti kena mintak belanja..... haha ha ha ha.

ok lah, apa melalut nie. babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii



SKUAD PRODUA ERA

Hari nie 17/8/ lepas asar nak g jalan2 la. lagi pun sejak kes h1n1 ni dah lame taj jalan2. dah pusing2 danga bay cadang nak g My Prend tomyam la makan2 sambut anivesary (betul ke eja mcm ni). diam tak diam dah 6 tahun aku kawin rupanya, kakak pun dah sekolah ikut papa.
nak dijadikan cerita dengar radio era ada skuad dekat damansara aliff. berenti jap. sempat la dapan hadiah sikit, majalah remaja, rapi, kurma madu, serai afi haniff dan macam2 lagi. sebelum beredar amik gambar dulu. tengok la ni ye....... cepat2, nak g berbuka puasa nie.

ha ha ha ha


Rabu, 12 Ogos 2009

Tengok la sendiri, Lelaki dah pupus..........

Jumaat, 7 Ogos 2009

ADA MACAM YB TAK???????

Aku cuma seorang guru prasekolah jer, tapi bila aku g hospital semua manusia yang ada disekeliling yang masih bernyawa memerhatikan kami seolah-olah kami nie YB untuk melawat kawasan pulak. Ketika gambar ini diambil aku Melawat Murid SK Taman Perling yang kemalangan dan sedang telantar di wad 5 Timur HSAJB. Berangan pulak nak jadi YB, kalau dah cikgu sampai mati la akan di panggil cikgu, betul tak????????







..

BUKAN SEKADAR GURU PRASEKOLAH

KARNIVAL PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2007 Telah diadakan di Daerah batu Pahat selaku Tuan Rumah berlangsung di SK Parit Raja (kalau tak silap la dah lame sangat). Setelah aku muncul Johan Daerah Pasir Gudang maka layak lah aku mewakili Pasir Gudang ke peringkat Negeri Johor bersama-sama prasekolah SK Desa Cemerlang. (Kak Rahmah). Masatu aku Prasekolah SK Taman Molek mewakili Daerah Pasir Gudang bagi kategori Kelas Prasekolah Cemerlang (Bandar) manakala Prasekolah SK Desa Cemerlang (Luar Bandar). Dengan persiapan bersungguh2 warga prasekolah SK Taman Molek ketika itu, dan saya bawa hasil kerja tangan saya (Video Korprat Prasekolah) sehingga menjadi sebut-sebutan untuk memenangi Johan Peringkat Negeri. Peh, masa tu GB aku bukan main lagi la bangga coz nama sekolah dah naik, tiba-tiba terkenal sampai layak dapat anugerah Q, sempena hari Q Daerah Pasir Gudang. Tapi apa kan daya hanya mendapat Naib Johan Negeri Johor. Aku bukan sekadar cakap seperti tin kosong tetapi hasilnya hampeh. ada orang tu boleh bercakap mcm YB tetapi hasilnya abuk pun tarak. aku tidak la mengimpikan sesuatu tetapi kawan-kawan ramai yang mengandaikan aku akan dapat APC pada tahun tersebut. tetapi ternyata omongan kosong itu tidak menjadi kenyataan oleh sebab itu aku tidak meletakkan sesuatu impian yang mustahil bagiku. Lihat lah gambar dibawah ini sebagai bukti untuk tatapan semua. tetapi itu semua dulu dan kini tinggal kenangan. Kelas yang telah aku hias dengan paling menarik dan kreatif dengan hasil kerja tangan aku tinggal kenangan. Kini 2009, Karnival Prasekolah Datang Lagi.................. Daerah Pasir Gudang pula menjadi Tuan Rumah. (Kalau nak tengok hasil tinggalan aku, singah ler sebentar ke Prasekolah SK Taman Molek).

# Masa nie aku masih 3 orang je tapi sekarang dah 4 orang setelah zakwan muncul di akhir tahun 2007. mungkin tahun depan jadi 5 orang pulak kot keluarga Cikgu Zainal. Smile Always.

..

Khamis, 6 Ogos 2009

Amalan dan Doa2 Malam Nishfu Sya’ban

Malam Nishfu 15 Sya’ban 1430 jatuh pada Rabu malam 05 Agustus 2009, atau Kamis malam 06 Agustus menurut perhitungan kalender Jawa.Amalan-Amalan utama di malam Nishfu Sya’ban, antara lain sebagai berikut:
Pertama: Mandi sunnah saat ghurub matahari (tenggelam matahari). Manfaatnya agar dosa-dosa kita diringankan oleh Allah swt.
Kedua: Menghidupkan malam ini dengan shalawat, doa dan istighfar.
Ketiga: Ziarah atau membaca doa ziarah kepada Imam Husein cucu Rasulullah saw. Ziarah ini merupakan amalan yang paling utama pada malam Nishfu Sya’ban, dan menjadi penyebab dosa-dosa diampuni.
Dalam suatu hadis disebutkan:“Barangsiapa yang ingin berjabatan tangan dengan ruh para Nabi, maka hendaknya berziarah kepada Al-Husein (sa) malam ini. Ziarah yang paling singkat mengucapkan salam kepadanya, yaitu:اَلسَّلامُ عَلَيْكَ يا اَبا عَبْدِ اللهِ، السَّلامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاتُهُAssalâmu’alaika yâ Abâ ‘Abdillâh, assalâmu’aika wa rahmatullâhi wa barakâtuh.Salam atasmu wahai Aba Abdillah, semoga rahmat dan keberkahan Allah tercurahkan padamu.
Keempat: Membaca shalawat yang dibaca setiap matahari tergelincir.
Kelima: Membaca doa Kumail.
Keenam: Membaca zikir berikut, masing-masing (100 kali), agar Allah mengampuni dosa-dosa yang lalu dan memperkenankan hajat-hajat dunia dan akhirat:SubhânallâhAlhamdulillâhLailâha illallâhAllâhu Akbar
Ketujuh: Melakukan shalat dua rakaat setelah Isya’. Rakaat pertama membaca surat Fatihah dan surat Al-Kafirun (sekali), rakaat kedua membaca Fatihah dan surat Al-Ikhlash (sekali). Kemudian setelah salam membaca zikir berikut masing-masing (33 kali):SubhânallâhAlhamdulillâhAllâhu AkbarKemudian membaca doa keempat, lihat di bagian doa-doa di malam Nishfu Sya’ban.Kemudian sujud sambil membaca zikir berikut:Yâ Rabbi (20 kali)Yâ Allâh (7 kali)Lâ hawla wa lâ quwwata illâ billâh (7 kali)Mâ syâa Allâh (10 kali)Lâ quwwata illâ billâh (10 kali)Kemudian membaca shalawat kepada Nabi dan keluarganya, lalu sampaikan hajat yang diinginkan, niscaya Allah memenuhinya dengan kemulian dan karunia-Nya.
Kelapan: Membaca doa pada dini hari, doa kelima, lihat di bagian doa-doa pada malam Nishfu Sya’ban.
Kesembilan: Berdoa setiap selesai dua rakaat dalam shalat malam, shalat syafa’ dan shalat witir.
Kesepuluh: Sujud pada pertengahan malam sambil berdoa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw, yaitu:Sajada laka sawâdî wa khayâlî, wa âmana bika fuâdî, hâdzihi yadâya wa mâ janaytuhu ‘alâ nafsî, yâ ‘Azhîmu turjâ likulli ‘azhîm, ighfirliyal ‘azhîm fainnahu lâ yaghfirudz dzanbal ‘azhîm illar rabbul ‘azhîm.Kepada-Mu tunduk semua keinginan dan khalayalanku, dengan-Mu merasa aman hatiku. Inilah kedua tanganku dan segala kezalimanku pada diriku, wahai Yang Maha Besar, Engkaulah yang diharapkan untuk semua keperluan yang besar, maka ampuni dosaku yang besar, sesungguhnya tak akan ada yang dapat mengampuni dosa yang besar kecuali Tuhan Yang Maha Besar.A’ûdzu binûri wajhikal ladzî adhâat lahus samâwâtu wal-aradhûna, wankasyafat lahuzh zhulumâtu, wa shalaha ‘alayhi amrul awwalîna wal-âkhirîn, min fuj-ati niqmatika, wa in tahwîli ‘âfiyatika, wa min zawâli ni’matika. Allâhummarzuqnî qalban taqiyyan naqiyyâ, wa minasy syirki bariyyâ lâ kâfiran wa lâ syaqiyyâ.Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu, yang karenanya langit dan bumi bercahaya, karenanya kegelapan tersingkap, dan karenanya urusan orang-orang terdahulu dan belakangan menjadi maslahat, dari datangnya azab-Mu secara tiba-tiba, berubahnya keselamatan-Mu, dan hilangnya nikmat-Mu. Ya Allah, karuniakan padaku hati yang suci dan bersih, suci dari kemusyrikan, tidak ingkar dan tidak celaka.Kemudian menempelkan pipi ke tempat sujud seraya mengucapkan:‘Affartu wajhî fit turâbi, wa huqqalî an asjuda laka.Kulumaskan wajahku di tempat sujud ini, dan sudah selayaknya bagiku untuk sujud kepada-MuRasulullah saw bersabda:“…Wahai jiwa yang bernafas panjang, tahukah kamu malam ini?
Malam ini adalah malam nishfu Sya’ban, di dalamnya rizki dibagikan, di dalamnya ajal dicatat. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa hamba-Nya malam ini…, dan Dia menurunkan para malaikat-Nya ke bumi Mekkah.” (Mafatihul Jinan, bab1, pasal 2)
Kesebelas: Melakukan shalat Tasbih. Shalat ini dikenal dengan nama shalat Ja’far Ath-Thayyar.
Kedua belas: Melakukan shalat empat rakaat, setiap rakaat membaca Fatihah dan surat Al-Ikhlash (100 kali). Setelah salam membaca:Allâhumma innî ilayka faqîrun, wa min ‘adzâbika khâifun mustajîr. Allâhumma lâ tubaddil ismî, wa lâ tughayyir jismî, wa lâ tajhad balâî, wa lâ tusymitbî a’dâî. A’ûdzu bi’afwika min ‘iqâbika, wa a’ûdzu birahmatika min ‘adzâbika, wa a’ûdzu biridhâka min sakhathika, wa a’ûdzu bika minka. Jalla tsanâuka, Anta kamâ atsnayta ‘alâ nafsika wa fawqa mâ yaqûlul qâilûnYa Allah, aku butuh kepada-Mu, aku taku pada siksa-Mu, aku memohon perlindungan-Mu. Ya Allah, jangan ganti namaku, jangan rubah fisikku, jangan beratkan ujianku, jangan bahagiakan musuh-musuhku dengan penderitaanku. Aku berlindung dengan maaf-Mu dari siksa-Mu, aku berlindung dengan rahmat-Mu dari azab-Mu, aku berlindung dengan ridha-Mu dari murka-Mu, aku berlindung dengan-Mu dari-Mu. Maha agung puji-Mu sebagaimana Engkau memuji diri-Mu di atas pujian yang diucapkan oleh orang-orang yang memuji.Wa may yatawakkal ‘alallâhi fahuwa hasbuh, innallâha bâlighu amrihi qad ja’alallâhu likulli syay-in qadrâ.Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, cukuplah Dia sebagai pelindung, sesungguhnya Allah menyampaikan urusan-Nya, Allah telah menetukan takdir bagi setiap sesuatu.Allâhumma illam takun ghafarta lanâ fîmâ madha min sya’bân faghfir lanâ fîmâ baqiya minhu.Ya Allah, jika Engkau belum mengampuni kami di hari-hari berlalu di bulan Sya’ban, maka ampuni kami pada hari-hari Sya’ban berikutnya.
Ketiga belas: Dalam suatu riwayat dikatakan bahwa melakukan shalat seratus rakaat pada malam ini memiliki keutamaan yang banyak. Caranya: setiap rakaat membaca Fatihah dan surat Al-Ikhlash (10 kali). Atau membaca surat Al-Fatihah dan surat Yasin, Surat Tabarak dan surat Al-Ikhlash.
Keempat belas: membaca doa-doa di malam Nishfu Sya’banHari Nishfu Sya’ban (15 Sya’ban) adalah hari raya yang mulia bagi para pengikut Ahlul bait Nabi saw, hari lahirnya Shahibuz zaman imam Mahdi Al-Muntazhar (‘Ajjalallahu farajahu).
(Disarikan dari kitab Mafâtihul Jinân, bab 2, pasal 2)

Selasa, 4 Ogos 2009

==== SELINGAN ====

Suka hati aku la aku nak post apa2 pun. ini blog aku yang punya. kalau nak tengok boleh tapi jangan banyak cincong pulak. aku dah paparkan gambar anak bujang aku ni. kecik2 dah hensem tapi pantang nampak orang bersiap je "nak itut" walau hari jumaat orang nak g solat jumaat. apa2 pun tatap la puas2 yek. babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


# nak g umah pakngah ni kat Taman Pulai Indah ada makan2. kakak nana bertunang petang ni tu pasal dress pakai songkok tu. ok tak?

BENGKEL CELIK HURUF DI SK TAMAN JOHOR JAYA 2

Pada 1hb Ogos yang lalu, saya telah dijemput untuk memberi sedikit tips dalam program " BENGKEL CELIK HURUF" di SK Taman Johor Jaya 2. Segala persiapan telah dirancang dengan rapi dan teratur, melibatkan Pentadbir sekolah, Pihak PIBG, Ibubapa yang anak-anaknya masih lagi tidak menguasai 3M. Semuanya berjalan lancar seperti yang di atur dan semoga objektif akan tercapai.



Terima Kasih kepada semua yang turut menjayakan program ini.




..