.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.

.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.
.:: Sangat sesuai untuk kanak-kanak 3-5 tahun, Prasekolah, Pemulihan dan KIA2M ::..

Memaparkan catatan dengan label KALAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KALAM. Papar semua catatan

Selasa, 11 Mei 2010

BENGKEL CELIK HURUF

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Beberapa hari yang lalu saya telah berjumpa dengan GB sk sri tebrau. Dia telah berbesar hati untuk menjemput saya berkongsi pengalaman bagi mengatasi masalah buta huruf. Hari ini masa yang dinanti telah tiba. berikut sedikit gambaran sekitar majlis tersebut.

Ucapan GPK 1, Puan Zaliza dan ibu bapa tekun mendengar segala amanah yang disampaikan. Puan GB tak dapat masuk turut serta kerana beliau ada tetamu dari JPNJ. Kami pun dan program berjalan seperti yang dirancang.

Saya masih lagi memperkenalkan kaedah Kalam. Anak saya sendiri mula mengenal huruf kalam seawal usia 4 tahun dan kini sedang mengukuhkan dengan membaca buku2, majalah sebagai oengayaan. Saya bawak sekali anak saya untuk show, jadi saya bukan bercakap tidak serupa bikin.

Selasa, 1 September 2009

Selasa, 4 Ogos 2009

BENGKEL CELIK HURUF DI SK TAMAN JOHOR JAYA 2

Pada 1hb Ogos yang lalu, saya telah dijemput untuk memberi sedikit tips dalam program " BENGKEL CELIK HURUF" di SK Taman Johor Jaya 2. Segala persiapan telah dirancang dengan rapi dan teratur, melibatkan Pentadbir sekolah, Pihak PIBG, Ibubapa yang anak-anaknya masih lagi tidak menguasai 3M. Semuanya berjalan lancar seperti yang di atur dan semoga objektif akan tercapai.

Terima Kasih kepada semua yang turut menjayakan program ini.

..

Sabtu, 11 April 2009

CARA MUDAH MENGENAL HURUF DAN MEMBACA

Assalamualaikum............

di sini saya ingin kongsi satu kaedah yang mudah untuk mengajar murid-murid mengecam dan menguasai abjad. Kaedah yang telah saya guna selama ini sangat mudah dan berkesan serta dapat mengelakkan murid memasuki kelas KIA2M. sepanjang pengetahuan saya dan rakan-rakan saya yang menggunakan kaedah ini memang tiada sebarang masalah. sekiranya ada masalah bermakna bukan kaedah yang digunakan tetapi murid itu sendiri yang ada masalah pembelajaran dan seharusnya ia dimasukkan ke kelas khas@pendidikan khas.

Kaedah KALAM

K : Kuasai

A : Abjad

L : Lantas

A : Arif

M : Membaca

Menggandungi 3 buah buku, KALAM 1, KALAM 2 dan KALAM 3, Kaedah ini telah diasaskan oleh cikgu Hajjah Baidah binti Sabran, guru prasekolah SK Parit Baharu, Sungai Air Tawar Sabak Bernam, Selangor. Tahun 2007 saya guna sepenuhnya (tanpa menganggu p & p) di kelas saya. hasilnya pada bulan 4 sahaja 90% murid telah menguasai abjad dan boleh membaca sehingga kalam2 dan kalam 3. Masalah KIA2M dapat diatasi sepenuhnya pada tahun hadapan.

Alhamdulillah dengan usaha dan tenaga saya pada Tahun 2009 di negeri johor beberapa daerah telah menggunakan buku KALAM ini. Rakan-rakan JU, Shukor (kulai) Zamri (Kota) kak faezah (P.Gudang) Samad (Segamat) Zamri (SEGAMAT) Anuar (Pontian) Samsul (Kota) Yunus (JB) Zaini(Kluang) juga telah mendapatkan sendiri buku KALAM melalui saya. beberapa buah sekolah telah menempah dan telah menerima buku untuk sesi persekolahan tahun 2009. Daerah Pasir Gudang dan Segamat telah menggunakan kaedah ini, Mersing dan kulai(akan menyusul). Bagi guru-guru baru lepasan KPLI, KPLI-LPBS, KDP 14minggu, KSPK, KDPM memang perlu mendapatkannya satu set buku KALAM sekurang-kurangnya boleh dijadikan rujukan dan panduan.

bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh menghubungi saya 019-7932446 @ kelabumalam21@yahoo.com.my sekiranya tempahan melebihi 20set bayaran boleh menggunakan duit LPBT.

Rabu, 8 April 2009

untuk tempahan dan pertanyaan

sila hubungi saya di 019-7932446
cikgu zainal. tempahan melebihi 20 set kami tidak kenakan kos penghantaran.
terima kasih

Isnin, 30 Mac 2009

Buku Kalam Wajah Baru

Jumaat, 16 Januari 2009

Rutin Harian

kad surih

Kad Surih ini dijalankan sebagai rutin harian murid-murid sebelum memulakan P & P. pada awal pagi murid akan datang dan menyurih kad terlebih dahulu baru lah melakukan rutin selanjutnya. apa yang saya lakukan, murid akan membalikkan gambar (saya hadir hari ini), baru lah menyurih kad dan seterusnya membaca buku kalam di hadapan guru @ PPM untuk disemak. perkara ini dijadikan rutin harian dengan terancang.

Dalam pada masa yang sama perkembangan fizikal (Motor Halus) dapat diperhatikan disini. kaedah menyurih kad ini hendaklah betul. dimulakan dengan titik yang besar dan diikuti ke titik yang paling kecil sekali. kedudukan kad surih hendaklah menunjukkan perkara sebenar dimana kedudukan huruh adalah diatas garisan. jika diperhatikan ada benang merah kan? benang merah itu berfungsi sebagai line untuk murid-murid memastikan kedudukan huruf sebenar.untuk mengetahui dengan lebih lanjut, dapatkan CD penggunaan Kaedah Kalam ini dengan hanya RM10 sahaja.

Rabu, 7 Januari 2009

Dadu Abjad

kad surih

Set Buku Kalam

Isnin, 29 Disember 2008

Kaedah Mudah Mengajar Murid Prasekolah