.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.

.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.
.:: Sangat sesuai untuk kanak-kanak 3-5 tahun, Prasekolah, Pemulihan dan KIA2M ::..

Memaparkan catatan dengan label Album Kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Album Kenangan. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Oktober 2010

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2009



Berkat usaha dan berkerja keras selama ini. Terima kasih kepada semua......

Selasa, 13 April 2010

PENCAPAIAN TERBAIK 2010

Alhamdulillah bersyukur pada Tuhan.
Layan jer la..................





..

Ahad, 14 Februari 2010

JALAN-JALAN DI MALAM RAYA..............

Hari ni kira malam raya la............. last minute planning tak jadi balik kampung. Terpaksa la bawak anak2 jalan-jalan pusing2 town. sempat la snap gambo ni. tengok tu, walaupun tak dapat beraya dengan embah lanang & embah edok tapi muka still ceria. tak melambangkan kesedihan langsung...........................



Wajah anak aku yang dah semakin comel dan bulat................................

Ahad, 7 Februari 2010

PROGRAM LONJAKKAN PRESTASI PRASEKOLAH

Hari ni 6 Feb, Panitia Prasekolah yang aku terajui telah mengorak langkah bijak dengan mengadakan PROGRAM LONJAKKAN PRESTASI bertujuan untuk memberikan motivasi kepada ibubapa dan pandua untuk kecemerlangan anak2. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah besama-sama memberikan sumbangan sehingga berjayanya program ini.
kepada pentadbir sekolah, GB, Pn Rabitah, Pn Hajjah Fatimah, Tuan Haji Raden Pangat (pengerusi majlis permuafakatan), cikgu ros, 2 orang ppm (kak jah & Sadiah) dan semua Ibubapa yang turut sama-sama menjayakan program ini.




Tapi duka cita dimaklumkan kehadiran sekiitar 48% sahaja. Amat mendukacitakan. nak buat mcm mana lagi, kita nak bagi pandai tapi makbapak tak nak bagi kerjasama. dah habis ikhtiar dah....................
..

Sabtu, 5 Disember 2009

MINUM BERSAMA KAWAN-KAWAN............

Pada 4hb tu kita sekeluarga balik kampung di Sabak bernam. Sebelah malamnya maka sempat la jumpa kawan2 lama di pekan sabak bernam. ni lah kawan-kawan junior saya. maklum lah saya dulu budak pandai tu pasal boleh naik kelas awal setahun. ha ha ha.........




Yang berkupiah ni Ustaz azrul mengajar di SMK di Sabah tak ingat pulak namanya. tapi dia ni taraf JU Agama Islam. Tahniah. Yang berbaju biru muda ni Ustaz Azhani Marlan, GPK KOKO SAM Parit Paharu. peh, ada pangkat dah..... yang baju biru koler putih tu Ahmad Fathmain Hamid. Cikgu di SK Sultan Abd Samad, Kapar. Perbincangan ini di tutup pada pukul 3 pagi keesokan harinya. ha ha ha................




..

Khamis, 5 November 2009

PERTEMUAN DIRANCANG...........

Sempat la sembang2 dengan kawan lama masa kt IPBMM sama opsyen, mangkin kuruih rupanya dia.

..

Sabtu, 31 Oktober 2009

JEJAK KASIH............

Salam 2 all. hari ni sempat jumpa kawan lama satu sekolah di samt dulu. dia turun JB tapi kebetulan aku nk g langkawi, cuma sempat sembang beberapa patah perkataan sahaja dan sempat juga seteguk air di singgah selalu. Kawan kita ni wartawan Dapur Impiana (Marliana Shahsuddin)




Ni gambar bujang aku ni, bukan main melaram papanya nak g langkawi............ babaiiiiiiii, nanti papa belikan baju langkawi dengan coklat. lepas makan coklat gosok gigi tau.

Khamis, 29 Oktober 2009

TAHNIAH SELANGOR

Walaupun ada secalit perasaan keciwa diatas kekalah selangor dengan Terengganu tetapi hati masih tidak berganjak untuk menyokong selangor. Tempat tumpahnya darahku (walaupun aku kerja dekat johor dan berkahwin dengan orang johor). jangan kuat-kuat, tido luar nanti. ha ha ha.....



..

Isnin, 5 Oktober 2009

KUNJUNG MENGUNJUNG AMALAN MULIA DI HARI LEBARAN

Haaaa, bukan nak cakap banyak lah. ni la tetamu yang sudi datang ke teratak buruk saya. Pn Fauziah (kak Gee) sekeluarga. memang mesra sangat la kami ni walaupun tak de talian keluarga cuma rakan guru prasekolah jer. ini bukan kali pertama kami berjumpa dan sembang2. lame sangat la, siap baring2 lagi. buat la macam umah sendiri. kami tak kisah pun. tak de istimewanya pun........ tunggu la saya pindah rumah sendiri kot kalau nak buat apa2 pun. harap memahami yek.



Tengaharinya sempat menziarahi keluarga Pn Norasikin (cikgu prasekolah SK TU 2). ala, dia ni kawan aku masa kt maktab dulu. apa2 hal kita orang still kip in touch.


click disini.





Buat kawan2 yang mengenali diri ini jemput la datang ke rumah ye, apa2 pun call dulu @ sms jer takut rumah tiada berpenghuni...........



..

Selasa, 29 September 2009

JUMPA KAWAN LAMA MASA BELAJAR DI SAMT BT 38

Ha, yang kurus macam mat pit ni adalah kawan lamer aku dulu2. Namenye Razi Saeh... peh jangan cakap la, sekarang dia dah jadi orang besar la walaupun tubuh kecil. duit jgn cakap la, hari2 riburaban pegang duit. tak de istilah kering hujung bulan. kira dia nie bawah En Aminuddin (ceo maybank) kalau tak silap la. lama jugak tak jumpa dalam 5 tahun kot. last jumpa dia masa aku kawin dia ada datang dgn wife 1 family. anak aku pun dah sekolah, lama tu...

sembang punya sembang sampai pukul 2 jugak baru balik malam tu. Dia ni kira pandai sikit la dari aku. aku pandai banyak...... ha ha ha..... dia masuk poli aku amik upper six. itu jer bezanya.





ok jumpa lagi............ babaiiiiiiiiiiiiiiii




.

Sabtu, 26 September 2009

1 SYAWAL TELAH TIBA................

Ini lah gambar keluarga Hj Noor Bin Hj Yassin bersama isteri dan anak-anak, menantu, cucunya. anak menantu yang mcm anak hantu jer tak der. ha ha ha, nasib baik adik saya dan anaknya disahkan sihat dan dibolehkan beraya dirumah. kalau tak memang beraya di wad la jawabnya.....






Inilah gambar yang dinanti-nantikan. Keluarga cikgu Zainal... (tuan punya blog ini) tak nak komen lah, lu pikir la sendiri............



yang tak bestnya si zakwan ni pulak buat hal........ ader ke patut dia tak nak pakai baju melayu. punya la mlm tadi mamanya tak tidur siapkan jahit tulang belut, mata ikan, mata apa2 ntah sekali.............. tak nak pakai pelak. tu yang rasa janggal sikit tak sama dengan papa punya. lain macam jer................
..

PERTEMUAN BLOGGER (CIKGU NIK AZHAR)

Alhamdulillah, setelah diatur dengan rapi maka pertemuan dapat juga dilakukan pada petang 29 ramadhan. cikgu nik azhar dari negeri cik siti wan kembang yang beraya di rumah bapa mertuanya di BNO (Belacan Nombor One). dalam pertemuan singkat ini dapat la bercerita pengalaman suka duka seorang guru. oleh kerana masih dalam bulan puasa maka tak sempat la nak ajak ngeteh yer. cikgu nik nie memang pandai keceek jawo. iso ngomong jowo lo iki, baru tenanan kawin karo wong jowo, sak kabehane dikongsi bareng2. ha ha ha
seng ge kelambi kuning sebelahi kue kakang ku. podo rak muko ne............ tapi bak kata boss aku, handsome lagi yang ada misai terlintang tu... bukan datok k, tapi datok z, idaman wanita di Taman Perling... kuang kuang kuang...........








..

Jumaat, 28 Ogos 2009

HARI PERTAMA PUASA

Pada petang jumaat yang lalu, apa lagi tak buang masa lagi bersegeralah meninggalkan Taman Perling untuk balik kampung. ha ha ha, nak balik kampung ni....... mcm biasa lah, berhenti kat R&R Ayer Keroh arah utara. gambar ni diambil selepas makan malam dan solat jama'. biasa pukul 10 malam dah sampai kampung tapi malam nie lain sikit. perjalanan tersangkut 1 jam 40 minit disebabkan 6 kenderaan terlibat dalam kemalangan melibatkan 3 kematian. peh ngeri gile, kereta viva dah jadi pizza, kejadian berlaku di Pasir Penambang Kuala Selangor. kebetulan malam ni kenderaan banyak pulak tu.



Ha, ni pulak masa dah nak berbuka bersam keluarga. maklumlah kami nie 30 orang adik beradik 2 lelaki dan sorang pempuan tapi bila dah kumpul ramai jugak. menu memang special la. aku sempat la masak tom yam campur dimakan bersama mee kuning. yang bestnya otak-otak kempas tak lupa buah tangan dari JB. mak pulak masak menu istemewa siakap 4 rasa. biasa 3 rasa tapi nie ada 4 pulak. 1 lagi tu rasa apa yek? rasa macam tak cukup banyak jer, nafsu tu namanya dengan tank yang dah semakin beso ni.




Haaa, yang ini pulak kerabu mangga. itu jer lah dia tau buat selain masak air dengan rebus telur..... sapa lagi, abang aku la. tapi ok lah, tak kurang menariknya bila dah kumpul adik beradik semua jadi sedap belaka. air cincau berselasih pilihan berbuka dengan dimulakan dengan kurma saffiya yusuff tayub. bukan yusuf tawang tau, itu kaki kencing je.... astaqfirullah, tak baik ngutuk orang bulan puasa ni, tapi dah memang sejak azali kot. mintak maaf ye sob.




Ok lah, esok aku masukkan lagi coretan sempena Bulan Ramadhan nie. Tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu



..

Khamis, 20 Ogos 2009

GAMBAR KENANGAN KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH NEGERI JOHOR 2009

Rabu, 19 Ogos 2009

KARNIVAL PRASEKOLAH NEGERI JOHOR 2009

Ha, sempena dengan Karnival Prasekolah Negeri Johor 2009 ni sempat la jumpa kawan2 lame semasa aku masih di PPD Pasir Gudang dulu. kebetulan Tahun ni Pasir Gudang jadi T
uan Rumah pulak. tempat bukan main selesa lagi maklumlah buat pun Kat Hotel Selesa. ramai kawan2 yang tak sempat nak amik gambar. Ispani (muar), Sukri n Anuar (Pontian) Abe Zaini (Kluang), yang akak2 pun ramai gak sampai tak ingat name pun ada tapi kenal la dari daerah mana. Johor ni bukan luas sangat, sebut jer wak jenal pasti seantero dunia prasekolah johor mengenali. ha ha ha.

Hanya nie jer gambar sempat diambil untuk tatapan kawan2.






..

Selasa, 18 Ogos 2009

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Hari ni nak sambut ulangtahun perkahwinan ke-6. Bawak la my wife n anak2 g berbuka puasa (kami memang rajin pose isnin khamis sejak 2 menjak nie) kat restoran tepi jalan je yang tak kurang fameosnya. sampai orang sabah pun dah tau. tak percaya tanya nazim di sandakan, zai di keningau dan cikgu said di london(londang, melaka).................... ala, wt pe makan kat hotel last2 jadi t**k jugak. sajer la nak puaskan perut dan hati jer tu. betul tak??


Kat bawah nia adalah sempat snap 2-3 keping gambar sapa2 nak tengok kami nie pelahab sampai bersih licin. bukan apa, membazir tu kawan syaitan. Buat kak mas dan masita kat melaka tu paling takut bila aku n family nak datang melaka. takut beras habis kita orang nak singgah melake. ada tu siap amik cuti pulak konon tak de orang padahal...............

yang sorang lagi tu siap kita orang tunggu kat bawah opis, dia tak jenguk2 pun. batuk pun tahan2 tahun kita ngendap nie dengo ada orang takut kopak nanti kena mintak belanja..... haha ha ha ha.

ok lah, apa melalut nie. babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii



SKUAD PRODUA ERA

Hari nie 17/8/ lepas asar nak g jalan2 la. lagi pun sejak kes h1n1 ni dah lame taj jalan2. dah pusing2 danga bay cadang nak g My Prend tomyam la makan2 sambut anivesary (betul ke eja mcm ni). diam tak diam dah 6 tahun aku kawin rupanya, kakak pun dah sekolah ikut papa.
nak dijadikan cerita dengar radio era ada skuad dekat damansara aliff. berenti jap. sempat la dapan hadiah sikit, majalah remaja, rapi, kurma madu, serai afi haniff dan macam2 lagi. sebelum beredar amik gambar dulu. tengok la ni ye....... cepat2, nak g berbuka puasa nie.

ha ha ha ha


Jumaat, 7 Ogos 2009

BUKAN SEKADAR GURU PRASEKOLAH

KARNIVAL PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2007 Telah diadakan di Daerah batu Pahat selaku Tuan Rumah berlangsung di SK Parit Raja (kalau tak silap la dah lame sangat). Setelah aku muncul Johan Daerah Pasir Gudang maka layak lah aku mewakili Pasir Gudang ke peringkat Negeri Johor bersama-sama prasekolah SK Desa Cemerlang. (Kak Rahmah). Masatu aku Prasekolah SK Taman Molek mewakili Daerah Pasir Gudang bagi kategori Kelas Prasekolah Cemerlang (Bandar) manakala Prasekolah SK Desa Cemerlang (Luar Bandar). Dengan persiapan bersungguh2 warga prasekolah SK Taman Molek ketika itu, dan saya bawa hasil kerja tangan saya (Video Korprat Prasekolah) sehingga menjadi sebut-sebutan untuk memenangi Johan Peringkat Negeri. Peh, masa tu GB aku bukan main lagi la bangga coz nama sekolah dah naik, tiba-tiba terkenal sampai layak dapat anugerah Q, sempena hari Q Daerah Pasir Gudang. Tapi apa kan daya hanya mendapat Naib Johan Negeri Johor. Aku bukan sekadar cakap seperti tin kosong tetapi hasilnya hampeh. ada orang tu boleh bercakap mcm YB tetapi hasilnya abuk pun tarak. aku tidak la mengimpikan sesuatu tetapi kawan-kawan ramai yang mengandaikan aku akan dapat APC pada tahun tersebut. tetapi ternyata omongan kosong itu tidak menjadi kenyataan oleh sebab itu aku tidak meletakkan sesuatu impian yang mustahil bagiku. Lihat lah gambar dibawah ini sebagai bukti untuk tatapan semua. tetapi itu semua dulu dan kini tinggal kenangan. Kelas yang telah aku hias dengan paling menarik dan kreatif dengan hasil kerja tangan aku tinggal kenangan. Kini 2009, Karnival Prasekolah Datang Lagi.................. Daerah Pasir Gudang pula menjadi Tuan Rumah. (Kalau nak tengok hasil tinggalan aku, singah ler sebentar ke Prasekolah SK Taman Molek).

# Masa nie aku masih 3 orang je tapi sekarang dah 4 orang setelah zakwan muncul di akhir tahun 2007. mungkin tahun depan jadi 5 orang pulak kot keluarga Cikgu Zainal. Smile Always.

..

Khamis, 23 Julai 2009

DAPAT BABY BARU (ANGKARA H1N1)

Pada hari rabu yang lepas, dapat le sms "salam, saya dah bersalin kul 9.50 pg td kat HSI, tq". tak terkejut la coz memang dah tau dekat due dah. Lepas solat asar kami sekeluarga berangkat lah sempat singah kat Giant jap beli apa2 yang patut. Bila sampai sana nampak la anak ct yang kembar tu dengan papanya. bila tanya dia cakap budak tak boleh naik. apa lagi mcm buang masa jer kita org datang kalau tak boleh naik. jadi aku gilir2 dengan my wife la untuk melawat. jadinya sempat la dalam 1/2 jam jer. Angkara H1N1 la budak2 nie tak boleh naik. Apa2 pun semuanya selamat. Ni lah wajah anak Kak Tipah yang bulat ketika dilahirkan 3-2kg sahaja. Kami sekeluarga mendoakan semoga sihat2 saje n cepat besar. Hero ke 5 keluarga Irwan &Tipa.

Tahniah, cuba lagi selagi belum dapat girl.








..

Rabu, 1 Julai 2009

PENCURI DIMANA-MANA. MASIH SELAMAT KAH LAGI KITA????

Bukan la nak kata apa, ini cuma secebis luahan hati mangsa angkara dunia dan nafsu. Alhamdulillah dengan rezeki Tuhan yang telah aku simpan selama ini, maka tanggal 22 julai 2008 aku telah membeli semuah motosikal. oleh kerana malas nak bayar secara ansuran dek kerana interest yang agak tinggi maka di bayar la secara tunai. dipanjangkan cerita maka setiap hari lah aku g ulang alik kerja naik motor ini. perling ke taman molek makan 21km setiap hari makan awal tahun lepas permohonan pindah diluluskan makan SK Taman perling lah tujuannya. dekat jer dari rumah cuma 5 minit. Lihat lah motorsikal dibawah.


Maka setelah setiap hari pergi ke tempat kerja, maka terparkir la motor itu digaraj (lihat gambar dibawah) seawal jam 6.40 setiap hari. tengok nampak tak JLC2611. kebetulan tempah nombor plat masa beli sama pulak dengan no kereta (AEM2611).




Hari ini tanggal 1 Julai 2009 terlipat sejarah hitam dalam hidupku, motor yang selama ini menjadi penggangkutanku bergerak kemana sahaja telah hilang. seawal jam 6.00 pagi setelah aku bersiap untuk menghantar zakwan ke rumah mak(pengasuh) tiba-tiba motor telah tiada. hampir pitam, setelah aku mendapati pagar rumah ku kena ceroboh dan berjaya juga sipencuri membawa motorsikalku walaupun telah aku gunakan kunci kedua dan ketiga tapi berjaya juga dibawa lari tanpa memberi salam atau meminta izin dariku. lihat lah gambar dibawah ini sebagai saksi dunia.





UJIAN TUHAN. memang benar seperti apa yang dikatakan tetapi hakikatnya sejauh mana aku tabah menghadapi ujian ini. sedangkan 28hb jun 2009 (ahad) baru saje rumah sewa adik aku musnah sama sekali dijilat api yang tinggal hanya sehelai sepinggang. kini menumpanglah dirumah keluarga aku merempat memohon simpati insan yang sudi menghulurkan bantuan. aku boleh terima keadaan dan memang benarlah ini Ujian Tuhan, tetapi kenapa aku pulak yang terpaksa menghadapinya. tidak mengapa lah, angkara dunia dan nafsu aku terpaksa begini. terima lah hakikan qada' dan Qadar ini dengan tabah dan rela hati. nescaya aku Haramkan kepada umat manusia yang telah mengambil harta aku tanpa keizinanku. aku hanya mampu berdoa dan bertawakal setelah penat berusaha semoga hari-hari yang akan aku lalui akan datang dengan aman dan tenteram.
"JLC 2611, tinggal kenangan"
..