.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.

.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.
.:: Sangat sesuai untuk kanak-kanak 3-5 tahun, Prasekolah, Pemulihan dan KIA2M ::..

Memaparkan catatan dengan label Rutin Harian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rutin Harian. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Januari 2010

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KELAS PRASEKOLAH

Ramai yang meragui kebolehan aku mengajar prasekolah. ini tahun ke4 tau. bukan sajer mesra tapi mcm dah sebati dengan jiwa kanak-kanak. sampai ngelendot 2x (kata orang jawa).... walaupun aku tegas dengan misai melintang tetapi kadangkala aku tak seperti apa yang digambarkan...........








..

Isnin, 6 Julai 2009

SUMBANGAN DAN PENGORBANAN GURU, ADA LAGI ORANG LEBIH SUSAH JIKA DIBANDINGKAN........

Hari ni 6 Julai 2009, mcm biasa lah aku g sekolah mcm biasa. cuma biasa aku bawak la motor aku yang telah dicuri orang tu. maka hari nie aku g sekolah naik motor buruk yang telah berusia 12 tahun. motor kriss (BFR2014) ni la yang aku gunakan di kampus. masa tengah study dulu. tengok la sticker UKM tu ada lagi belum pun tertanggal. 1997/2000. tapi itu semua tinggal kenangan sehingga lah motor aku hilang terpaksa la naik motor cabuk ni. terima je la hakikat.....
Yang best nya tadi ada tv3 datang kat sekolah(school Attack), kebetulan minggu ni aku yang bertugas. oleh kerana ada sorang budak tahun 5 sakit jadi aku terpaksa hantar dia balik umah. tapi aku bawak motor cabuk jer hari nie. tak kisah lah. maka aku bawak la budak tu naik motor cabuk yang sangat banyak jasanya tu. bila sampai kat rumah budak tu (kg sg serdang)..............
peh, boleh meleleh air mata beb.. rumah dia sangat daif sekali, keadaan rumah yang telah uzur dan diperbuat daripada bahan2 terpakai dan terbuang. terletak di bibir tanah diantara air dan tebing. daripada kesan-kesan tanah mendapati air laut akan naik sehingga ke dalam rumah ketika air pasang. memang sangat sedih sekali. tak dapat dibayang kan lah.........
diri ini tak akan sedar bila kita sentiasa mendongak ke langit tanpa melihat di bumi. aku rasa walaupun aku naik motor cabuk ni tapi ada jugak rezeki aku dibandingkan orang lain yang lebih susah dan miskin. seharusnya aku bermuhasabah diri bahawa masih ada orang yang lebih susah lagi.....................
shup, shup, shup, shup......... sedih sangat la tapi aku masih lagi meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru yang cekal dan gigih walau apa jua situasi dan tak pernah kenal jemu.
ok babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii



ha ha ha, sempat pulak snap kamera sebelum g sekolah.... awas, langkah keselamatan diutamakan tau. my daughter helmet tu ada cop sirim tau.. kalau hujan merempit la jawabnya.

Jumaat, 16 Januari 2009

Rutin Harian

kad surih



Kad Surih ini dijalankan sebagai rutin harian murid-murid sebelum memulakan P & P. pada awal pagi murid akan datang dan menyurih kad terlebih dahulu baru lah melakukan rutin selanjutnya. apa yang saya lakukan, murid akan membalikkan gambar (saya hadir hari ini), baru lah menyurih kad dan seterusnya membaca buku kalam di hadapan guru @ PPM untuk disemak. perkara ini dijadikan rutin harian dengan terancang.

Dalam pada masa yang sama perkembangan fizikal (Motor Halus) dapat diperhatikan disini. kaedah menyurih kad ini hendaklah betul. dimulakan dengan titik yang besar dan diikuti ke titik yang paling kecil sekali. kedudukan kad surih hendaklah menunjukkan perkara sebenar dimana kedudukan huruh adalah diatas garisan. jika diperhatikan ada benang merah kan? benang merah itu berfungsi sebagai line untuk murid-murid memastikan kedudukan huruf sebenar.untuk mengetahui dengan lebih lanjut, dapatkan CD penggunaan Kaedah Kalam ini dengan hanya RM10 sahaja.