.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.

.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.
.:: Sangat sesuai untuk kanak-kanak 3-5 tahun, Prasekolah, Pemulihan dan KIA2M ::..

Sabtu, 18 Julai 2009

Bukan Sekadar Guru Prasekolah...................

Hari ini 18 Julai aku telah diberi kepercayaan untuk memberikan Kursus Membina Laman Blog untuk semua guru-guru SK Taman Perling.
Siapa lah aku dimata mereka?
Guru Prasekolah Jer.............
tapi dengan berbekalkan Ilmu di kepala (bukan nak tunjuk pakar tetapi sekadar berkongsi Ilmu untuk semua) maka aku akhirnya menyahut cabaran ini dengan jayanya.
Dan aku tidak keseorangan dengan dibantu oleh Ustaz Sahrin Abd Razak (jqaf), Cikgu Umi Khalthum binti Ibrahim (guru data) dan Cikgu Sharieda bt Mohd Salleh (guru ict)selaku fasilitator. Memang team nie lah yang aku harapkan, kita sama-sama buat kerja untuk membangunkan portal SK Taman Perling, Idea dan pendapat serta kemahiran dicurahkan sehingga terhasillah sktamanperlingjb.blogspot.com.
walaupun aku seorang guru prasekolah tetapi aku mampu untuk memberikan sumbangan kepada pihak sekolah yang terlalu besar nilainya. bukan diukur dengan wang ringgit atau ganjaran yang kami harapkan tetapi apa yang aku hasilkan dapat menjadi sumber dan rujukan semua pihak. walau sekalipun aku telah kembali kerahmatullah (entah bila masanya) nescaya inilah hasil tingalan aku untuk tatapan semua.
mana-mana cikgu2 yang diluar sana sahut lah cabaran yang kita mampu melakukannya malah boleh buat yang terbaik walau apa cara sekalipun. ini sedikit gambaran yang sempat diambil ketika berlangsungnya LDP tadi.






















Jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong usaha murni ini. TQ.
jumpa lagi........................................


0 ulasan: