Pada petang jumaat yang lalu, apa lagi tak buang masa lagi bersegeralah meninggalkan Taman Perling untuk balik kampung. ha ha ha, nak balik kampung ni....... mcm biasa lah, berhenti kat R&R Ayer Keroh arah utara. gambar ni diambil selepas makan malam dan solat jama'. biasa pukul 10 malam dah sampai kampung tapi malam nie lain sikit. perjalanan tersangkut 1 jam 40 minit disebabkan 6 kenderaan terlibat dalam kemalangan melibatkan 3 kematian. peh ngeri gile, kereta viva dah jadi pizza, kejadian berlaku di Pasir Penambang Kuala Selangor. kebetulan malam ni kenderaan banyak pulak tu.
Ha, ni pulak masa dah nak berbuka bersam keluarga. maklumlah kami nie 30 orang adik beradik 2 lelaki dan sorang pempuan tapi bila dah kumpul ramai jugak. menu memang special la. aku sempat la masak tom yam campur dimakan bersama mee kuning. yang bestnya otak-otak kempas tak lupa buah tangan dari JB. mak pulak masak menu istemewa siakap 4 rasa. biasa 3 rasa tapi nie ada 4 pulak. 1 lagi tu rasa apa yek? rasa macam tak cukup banyak jer, nafsu tu namanya dengan tank yang dah semakin beso ni.
Haaa, yang ini pulak kerabu mangga. itu jer lah dia tau buat selain masak air dengan rebus telur..... sapa lagi, abang aku la. tapi ok lah, tak kurang menariknya bila dah kumpul adik beradik semua jadi sedap belaka. air cincau berselasih pilihan berbuka dengan dimulakan dengan kurma saffiya yusuff tayub. bukan yusuf tawang tau, itu kaki kencing je.... astaqfirullah, tak baik ngutuk orang bulan puasa ni, tapi dah memang sejak azali kot. mintak maaf ye sob.
Ok lah, esok aku masukkan lagi coretan sempena Bulan Ramadhan nie. Tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
..
0 ulasan:
Catat Ulasan