
.:: KALAM : MENGATASI BUTA HURUF @ KIA2M ::.
Isnin, 6 Julai 2009
SUMBANGAN DAN PENGORBANAN GURU, ADA LAGI ORANG LEBIH SUSAH JIKA DIBANDINGKAN........

Dicatat oleh Cikgu Zainal di 9:23 PTG 0 ulasan
Label: gambar, gambar kenangan, Rutin Harian
Khamis, 2 Julai 2009
RAJA BUAH...........
yang kat atas - ni durian gajah namanya. rasa ada pahit-pahit sikit. yang besnya buah dia mesti beso-beso sampai 6-7 kilo sebiji. kadang2 jatuh jer dah pecah, mana taknya berat jer dah 6-7 kilo, kalau pokok tinggi 25 kaki, apa cerita. nak habiskan sebijik pun payah tapi aku dengan selamber jer sekali duduk habis. lepasnya pening kepala. ada tu, kalau nasib kita baik dalam durian nie ada durian lagi. boleh belah lagi makan semua cuma kalu nak buka mula-mula tu payah memang la ada buah lagi la kat dalamnya.
tengok tu, banyak tu tak la cuma kadang-kadang sekali kutip dapat 7-8 keta sorong. kg aku memang tak de nama pokok buah nie. buah kelapa ada la. itu pasal memang aku heran sangat nampak buah nie. sampai makan tak pernah nak puas.mengimbau kenangan dulu kebetulan masa aku kawin dtg johor tengah musim buah, jadi apa lagi rombongan pengantin turun jer bas serbu buah durian. yang tak kurang bestnya tengah makan siap ada yang jatuh lagi, nasib baik tak kena kepala kalau tak mesti wat kenduri arwah sekali. malamnya tak boleh tido, bukan apa gelisah nak tunggu pagi kutip durian. dah berpuluh-puluh biji dengar buah jatuh tapi tak pagi-pagi lagi. sekarang dah cool sikit la dengan durian nie.Dicatat oleh Cikgu Zainal di 7:44 PTG 0 ulasan
Label: gambar kenangan, raja buah
Rabu, 1 Julai 2009
PENCURI DIMANA-MANA. MASIH SELAMAT KAH LAGI KITA????


UJIAN TUHAN. memang benar seperti apa yang dikatakan tetapi hakikatnya sejauh mana aku tabah menghadapi ujian ini. sedangkan 28hb jun 2009 (ahad) baru saje rumah sewa adik aku musnah sama sekali dijilat api yang tinggal hanya sehelai sepinggang. kini menumpanglah dirumah keluarga aku merempat memohon simpati insan yang sudi menghulurkan bantuan. aku boleh terima keadaan dan memang benarlah ini Ujian Tuhan, tetapi kenapa aku pulak yang terpaksa menghadapinya. tidak mengapa lah, angkara dunia dan nafsu aku terpaksa begini. terima lah hakikan qada' dan Qadar ini dengan tabah dan rela hati. nescaya aku Haramkan kepada umat manusia yang telah mengambil harta aku tanpa keizinanku. aku hanya mampu berdoa dan bertawakal setelah penat berusaha semoga hari-hari yang akan aku lalui akan datang dengan aman dan tenteram.
Dicatat oleh Cikgu Zainal di 10:45 PTG 0 ulasan
Label: Album Kenangan, gambar, gambar kenangan
Rabu, 17 Jun 2009
Inisiatif pendidikan global jadi tumpuan persidangan
Tema kecil itu ialah menjadikan pembelajaran dan akses inklusif satu realiti; mencapai kontinum dalam pendidikan; menakrifkan semula kualiti dalam pendidikan dan merealisasikan potensi pemain bukan kerajaan. "Proses penentuan dan pemilihan isu yang akan diketengahkan dalam forum itu dilakukan secara amat teliti supaya ia tidak hanya mewakili kepentingan setempat tetapi mesti juga boleh diguna pakai negara Komanwel lain," katanya ketika ditemui di IAB di sini, semalam. Malaysia julung kalinya menjadi tuan rumah 17CCEM yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mulai hari ini hingga 19 Jun, 50 tahun selepas persidangan pertama diadakan di Oxford, United Kingdom, pada 1959.
17CCEM dianjurkan bersama Sekretariat Komanwel, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan fokus kepada tema 'Pendidikan Dalam Komanwel: Ke Arah dan Melangkaui Matlamat dan Sasaran Global.' Selain Forum Pemegang Kepentingan Pendidikan, Forum Guru, Forum Belia dan Forum Naib Canselor akan turut diadakan sepanjang tempoh persidangan itu berlangsung.
NUTP tak setuju lanjut Kursus Perguruan Lepasan Ijazah 18 bulan
Kelmarin, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Misrah Ibrahim, berkata pihaknya kini pada peringkat akhir memuktamadkan kertas kerja mengenai cadangan itu dan paling awal ia akan dilaksanakan pada pengambilan Januari depan. Misrah berkata, keputusan itu diambil berikutan desakan pelbagai pihak yang mendakwa tempoh setahun sekarang kurang berkesan dalam melahirkan guru berkualiti. Hashim sebaliknya mencadangkan supaya tempoh latihan praktikal dilanjutkan, berbanding tiga bulan sekarang.
Beliau juga mencadangkan sistem pengambilan ke KPLI diperkemaskan bagi memastikan pelajar betul-betul berminat untuk menjadi guru. "Saya mencadangkan supaya kementerian mengadakan minggu suai kenal selama dua minggu bagi memberi ruang kepada pelajar untuk menarik diri daripada menyertai KPLI jika merasakan tidak sesuai untuk berkhidmat sebagai guru. "Sistem ini diguna pakai bagi pengambilan kadet anggota tentera dan polis. Jika yang terpilih semuanya terhadap profesion keguruan, maka kerajaan tidak akan rugi dan mereka pun cepat dapat berkhidmat," katanya. Sementara itu, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Aminah Ayob, juga berpendapat bahawa tempoh setahun pengajian KPLI sudah memadai.
Aminah bersetuju jika tempoh praktikal pelajar KPLI dilanjutkan bagi memberi pendedahan sewajarnya kepada bakal guru. "Apa yang penting adalah kandungan dan penyampaian pedagogi dengan sempurna, pembelajaran secara mikro serta latihan tiga bulan di sekolah dapat membantu mereka menjadi guru yang berkualiti," katanya.
Isnin, 15 Jun 2009
Majlis Walimatulurus

Dicatat oleh Cikgu Zainal di 1:04 PG 0 ulasan
Label: gambar, gambar kenangan
Sabtu, 16 Mei 2009
SELAMAT HARI GURU (WAJARKAH GURU KITA KENA SAMAN DI MAHKAMAH)
Gambar kat atas ni masa aku tingkatan 1, gambar yang sebelum-sebelumnya memang tak de pu. kita nie duduk ceruk kampung, jadi ketinggalan zaman sikit.
Gambar kat atas ni masa ting 4D, kira kategori separyh bangang la nasib baik tak kelas hujung sekali. masa tu habis jer SRP baru aku masuk SAMTS Batu 38 ni ,SRP pun cukup makan jer tapi dapat pangkat A la. oleh kerana dapat masuk asrama jadi dalam berat hati kena jual kambing dengan kandang2 sekali. dapat duit $700 jer masa tu. aku simpan sampai sekarang. (buku banknya la), tapi duit dah habis wt apa ntah. Cikgu norazmi guru kelasnya, tapi aku kadang-kadang selisih kat sg besar dia masih mentain jer, tak kurus dan tak gemuk. mcm itu jugak strait cut. guru bahasa melayu masa tu. time kasih cikgu atas segalanya.oleh kerana aku budak baik jadi masa naik tingkatan 5 still 5D, mentain gak. kawan2 aku yang lelaki kat gambar atas nie semua kena pindah 5E, aku dengan mahathir je tak berganjak. setia konon padahal tak pandai pun. aku terpaksa coti setahun. shuttt, jgn bagi tau sesapa tau. ini rahsia keluarga, hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tau. malu kat anak-anak, takut dia tiru perangai papanya pulak. tak sengaja la masa tu. Sapa yang terbaca n tahu kes nie lu tiam-tiam loo.
Gambar nie masa 6bawah. time ni kawan2 yang seangkatan memang dah tak de, ini semua pangkat adik la coz aku coti setahun. masa 6 bawah nie exam paling besar SPA (sijil pelajaran agama) kalau sekarang nie kira macam STAM la. nasib aku baik la, semua strategi menjadi maka aku dapat pangkat JAID jer. kawan2 yang lelaki cuma 3 orang jer yang lulus kot, coz dia nie kalau 1 subjek tak lulus maka dikira gagal semua n tak dapat sijil. sijil dia buesar wo. folder sijil A3 tu tak muat. Ustaz Idris masa tu jadi guru kelas. aku pernah ajar anak dia nie masa aku ngajar kat SRA bt 2 Sapintas dulu..jpg)
Gambar masa jamuan akhir tahun tingkatan 6 atas3.

haaa, ini gambar kelas aku, cikgu hasmah. dia la yang beria-ia suruh amik BM masa STPM. akhirnya dapat la prinsipal B ajer masa tu. best student dpt 4Prinsipal A dari kelas aku jugak. kira tumpang bangga la. aku sajer tak nak dapat 5PA, takut. gerun aku nanti coz subjek yang aku amik pun dah gerun boleh menggigil lutut. P.Am, BM, Syariah, Usuludin, Bahasa Arab. peh memang boleh jadi Kadi@ imam la. tapi yang muskil kawan2 masuk u amik syariah, usuludin, Peng. Islam tapi aku tercampak ke FSKK sekarang dah tukar FSSK kt UKM. (Univ. Kebanggaan Mak, coz aku la satu-satunya anak dia yang dpt msk U. Syukur Alhamdulillah usaha aku selama ini berhasil dengan jayanya. jadi tak mustahil la nik nur madiha boleh dapat 21A, Nuramalina dpt 18A, aku dulu masa SPM cakap jer semua gred ada dlm 10 subjek kecuali A jer yang tak de. ha ha ha ha.................

kenal lagi tak, yang paling kecik tu aku la, masa nie merayakan kemenangan main hoki, final lawan UUM kot kalau tak silap. itu pasal aku bolek trai budak2 aku (SK Taman Perling) boleh sampai peringkat negeri Johor. ahhhhhh, itu semua dulu la. kalau tak silap aku kawan2 aku nie semua jadi cikgu jugak la. suratmin, supian, sudirman, sapa ntah tak ingat la coz banyak junior aku ni.
Dicatat oleh Cikgu Zainal di 11:39 PTG 0 ulasan
Label: Album Kenangan, gambar kenangan, UCAPAN
Selamat Hari Ibu
Buat mak ku yang aku sayangi Hajjah Azizah Binti Haji Sayuti, terima kasih atas segalanya. dah bagi aku makan sampai aku besaq mcm ni, bagi pakai, jaga aku, siap calun isteri pun mak jugak cari. yang paling besdnya nama mak n my wife same. (Siti Azizah Bt Jamsari). mak, tanpamu tiada lah aku sekarang.
Dicatat oleh Cikgu Zainal di 11:18 PTG 0 ulasan
Label: gambar kenangan, mak aku la nie., UCAPAN
Rabu, 13 Mei 2009
Profesion guru ke tahap tinggi
MEMENUHI tuntutan sebagai seorang pembina negara bangsa yang diletakkan ke bahu pendidik telah bermula sejak sebelum merdeka. Hingga kini, tanggungjawab itu tidak pernah sedikit pun berkurang.
Namun situasinya kini berbeza. Pelajar semakin ramai dengan sikap dan minda yang berbeza. Apatah lagi dengan keterbukaan dan kelantangan masyarakat memperkatakan tentang senario pendidikan negara maka peranan guru sebagai pembina negara bangsa semakin luas dan mencabar.
Inilah juga yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran melalui tema sambutan Hari Guru Kebangsaan 2009 iaitu Guru Pembina Negara Bangsa, sambutan Hari Guru yang ke-38 dan kali ini sambutannya diadakan di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Terengganu pada 16 Mei ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom menjelaskan, guru alaf baru kini tugasnya bukan sahaja mendidik daripada segi akademik tetapi membina suatu bangsa negara, bangsa Malaysia yang bermodal insan, cintakan negara, mempunyai keyakinan tinggi, jati diri kukuh, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral. Ia penting untuk hidup sebagai sebuah masyarakat penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik.
Inilah juga yang dimaktubkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2020 iaitu Membina Negara Bangsa dan ia sejajar dengan Wawasan 2020 yang kini hanya tinggal 10 tahun untuk direalisasikan menjadi Malaysia negara maju dalam acuannya sendiri.
"Walaupun negara bangsa telah wujud sejak kita mencapai kemerdekaan tetapi ia mesti ditingkatkan dari semasa ke semasa kerana wujudnya persaingan globalisasi.
"Ia menuntut setiap negara mengukuhkan negara masing-masing daripada segi ekonomi mahupun pertahanan dan guru pula wajib memberi pendidikan terbaik untuk para pelajar,'' ujarnya.
Kata beliau, peranan guru era pasca dan sebelum merdeka sama penting.
"Selepas negara merdeka, kita melihat pendidikan sebagai bidang yang amat penting kerana kerajaan telah memberi peruntukan yang besar berbanding kementerian-kementerian lain,'' katanya.
Ini turut menjelaskan betapa kerajaan amat percaya dengan pelaburan yang besar itu ia boleh membawa pulangan yang besar kepada negara.
Katanya, cabaran untuk guru menambah ilmu dalam dunia ledakan maklumat bukan sahaja sesama mereka malah perlu bersaing dengan pelajar yang ada ketikanya lebih terkehadapan menerokai teknologi komunikasi maklumat (ICT).
"Kecanggihan pelajar menyebabkan guru kini perlu berdepan dengan pelbagai kerenah masyarakat, media massa dan pengaruh budaya luar. Maka amat penting untuk sekolah memastikan berlakunya pembangunan modal insan yang cemerlang,'' tegasnya.
Modal insan yang cemerlang bermakna individu itu turut mahir dalam membuat keputusan, berakhlak dan bermoral tinggi, berani, amanah, jujur, bekerjasama dan bertanggungjawab, suatu acuan individu yang mempunyai daya tahan dalam erti kehidupan globalisasi.
"Beratkah tanggungjawab guru sekarang? Sudah pasti, jika dibandingkan dengan 20 tahun atau 30 tahun lalu tetapi inilah peluang untuk guru menunjukkan kebolehan,'' katanya lagi.
Menurut Alimuddin, dedikasi, sabar dan tabah serta bertanggungjawab semasa menjalankan tugas adalah kunci utama untuk menangani kerenah masyarakat apatah lagi pelajar.
Dan sudah pasti peranan ibu bapa dalam dunia pendidikan bertambah memandangkan anak-anak mereka hanya berada di sekolah kirakira enam jam maka perhatian terhadap anak-anak perlu ditingkatkan.
Namun kata beliau, sikap masyarakat moden kini yang tidak suka "menjaga tepi kain orang lain" perlu dikembalikan.
"Menegur dan saling ingat-mengingatkan dan saya fikir banyak isu disiplin pelajar di luar sekolah dapat diselesaikan dengan sikap ini,'' katanya.
Walau bagaimana berat sekalipun tanggungjawab yang dipikul oleh guru namun Kementerian Pelajaran tidak pernah alpa terhadap kebajikan mereka.
Pada masa ini, terdapat 17 laluan kerjaya kepada guru seperti guru cemerlang, Pengetua cemerlang, Guru Besar cemerlang, Pegawai Pendidikan cemerlang. Malah tahun lalu sahaja sebanyak 62,000 jawatan naik pangkat dan naik gred telah diberi kepada guru-guru.
Daripada segi kewangan pula, banyak elaun diberi kepada guru seperti elaun Guru Besar dan Pengetua, elaun warden, elaun mata pelajaran kritikal dan termasuk Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI ) serta elaun guru kawasan pedalaman yang mencecah kepada RM1,500 sebulan.
"Ini bukti keprihatinan kerajaan terhadap guru malah apa juga imbuhan yang diberi kepada kakitangan kerajaan lain, guru juga menikmatinya misalnya pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan mahupun rawatan di hospital,'' katanya.
Tegas Alimuddin, profesion perguruan kini sudah sampai ke tahap tinggi jika dilihat daripada permohonan untuk menjadi guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Tahun ini ia mencecah lebih 90,000 permohonan sedang kekosongan untuk diisi ialah sekitar 5,000 tempat sahaja.
Beliau turut menolak tanggapan masyarakat bahawa senario itu seperti sebelum ini yang diamalkan oleh graduan negara yang menjadikan profesion perguruan sebagai pilihan akhir.
"Senario itu tiada lagi kerana banyak permohonan bermakna banyak pilihan. Hanya mereka yang layak diterima,'' tegasnya.
Sementara itu, sambutan Hari Guru Kebangsaan 2009 akan bermula pada 14 Mei dengan pertandingan separuh akhir Pertandingan Bahas Guru Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan kategori bahasa Malaysia dan kategori bahasa Inggeris di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Datuk Razali Ismail, Terengganu sementara pertandingan akhir pada 15 Mei.
Keesokannya, Majlis Menjunjung Budi untuk guru-guru di kawasan pedalaman dan guru di pulau serta guru kurang upaya akan diadakan. Ia turut melibatkan guru integriti dan guru di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Baharu dan Pulau Pinang.
Satu Forum Pendidikan akan diadakan di Wisma Darul Iman bertajuk Guru Pembina Negara Bangsa.
Ahli-ahli panel forum terdiri daripada tokoh pendidik Tan Sri Wira Dr. Abdul Rahman Arshad, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim.
Sebagai menghargai usaha guru, Guru Besar dan Pengetua dalam memperkasakan ICT di sekolah, Anugerah Guru Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Anugerah Pemimpin TMK juga akan diadakan.
Sempena sambutan Hari Guru itu juga, Kumpulan Utusan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran akan mengadakan Festival Hari Guru Kebangsaan 2009 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) bermula 14 Mei sehingga 17 Mei dengan pelbagai acara menarik untuk orang ramai.
Ahad, 10 Mei 2009
Happy Mothers Day
MyNiceSpace.com
kepada semua ibu-ibu, selamat hari ibu dari kami cikguprasekolah, semoga tabah menghadapi karenah anak2 diawal pagi.
tq
Ahad, 3 Mei 2009
SELAMAT HARI GURU 2009
Perayaan Hari Guru
Pengenalan
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956
Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan
Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi
Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Objektif Hari Guru Malaysia
Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan
-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
SELAMAT HARI GURU KEPADA GURU-GURU TIDAK KIRA DIMANA SAJA BERADA.
Sabtu, 11 April 2009
CARA MUDAH MENGENAL HURUF DAN MEMBACA
Assalamualaikum............
di sini saya ingin kongsi satu kaedah yang mudah untuk mengajar murid-murid mengecam dan menguasai abjad. Kaedah yang telah saya guna selama ini sangat mudah dan berkesan serta dapat mengelakkan murid memasuki kelas KIA2M. sepanjang pengetahuan saya dan rakan-rakan saya yang menggunakan kaedah ini memang tiada sebarang masalah. sekiranya ada masalah bermakna bukan kaedah yang digunakan tetapi murid itu sendiri yang ada masalah pembelajaran dan seharusnya ia dimasukkan ke kelas khas@pendidikan khas.
Kaedah KALAM
K : Kuasai
A : Abjad
L : Lantas
A : Arif
M : Membaca
Menggandungi 3 buah buku, KALAM 1, KALAM 2 dan KALAM 3, Kaedah ini telah diasaskan oleh cikgu Hajjah Baidah binti Sabran, guru prasekolah SK Parit Baharu, Sungai Air Tawar Sabak Bernam, Selangor. Tahun 2007 saya guna sepenuhnya (tanpa menganggu p & p) di kelas saya. hasilnya pada bulan 4 sahaja 90% murid telah menguasai abjad dan boleh membaca sehingga kalam2 dan kalam 3. Masalah KIA2M dapat diatasi sepenuhnya pada tahun hadapan.
Alhamdulillah dengan usaha dan tenaga saya pada Tahun 2009 di negeri johor beberapa daerah telah menggunakan buku KALAM ini. Rakan-rakan JU, Shukor (kulai) Zamri (Kota) kak faezah (P.Gudang) Samad (Segamat) Zamri (SEGAMAT) Anuar (Pontian) Samsul (Kota) Yunus (JB) Zaini(Kluang) juga telah mendapatkan sendiri buku KALAM melalui saya. beberapa buah sekolah telah menempah dan telah menerima buku untuk sesi persekolahan tahun 2009. Daerah Pasir Gudang dan Segamat telah menggunakan kaedah ini, Mersing dan kulai(akan menyusul). Bagi guru-guru baru lepasan KPLI, KPLI-LPBS, KDP 14minggu, KSPK, KDPM memang perlu mendapatkannya satu set buku KALAM sekurang-kurangnya boleh dijadikan rujukan dan panduan.
bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh menghubungi saya 019-7932446 @ kelabumalam21@yahoo.com.my sekiranya tempahan melebihi 20set bayaran boleh menggunakan duit LPBT.
Dicatat oleh Cikgu Zainal di 10:53 PTG 0 ulasan
Label: KAEDAH MUDAH, KALAM, PRASEKOLAH
Rabu, 8 April 2009
untuk tempahan dan pertanyaan
sila hubungi saya di 019-7932446
cikgu zainal. tempahan melebihi 20 set kami tidak kenakan kos penghantaran.
terima kasih
Isnin, 30 Mac 2009
Jumaat, 16 Januari 2009
kad surih
Kad Surih ini dijalankan sebagai rutin harian murid-murid sebelum memulakan P & P. pada awal pagi murid akan datang dan menyurih kad terlebih dahulu baru lah melakukan rutin selanjutnya. apa yang saya lakukan, murid akan membalikkan gambar (saya hadir hari ini), baru lah menyurih kad dan seterusnya membaca buku kalam di hadapan guru @ PPM untuk disemak. perkara ini dijadikan rutin harian dengan terancang.
Dalam pada masa yang sama perkembangan fizikal (Motor Halus) dapat diperhatikan disini. kaedah menyurih kad ini hendaklah betul. dimulakan dengan titik yang besar dan diikuti ke titik yang paling kecil sekali. kedudukan kad surih hendaklah menunjukkan perkara sebenar dimana kedudukan huruh adalah diatas garisan. jika diperhatikan ada benang merah kan? benang merah itu berfungsi sebagai line untuk murid-murid memastikan kedudukan huruf sebenar.untuk mengetahui dengan lebih lanjut, dapatkan CD penggunaan Kaedah Kalam ini dengan hanya RM10 sahaja.
Dicatat oleh Cikgu Zainal di 11:05 PTG 0 ulasan
Label: KALAM, Rutin Harian





