Pada 30hb Oktober, rombongan Guru-guru Prasekolah Daerah Johor Bahru telah mengadakan lawatan penanda aras ke beberapa buah prasekolah di Pulau Langkawi. Berikut sedikit gambaram lawatan tersebut.
Sebelum bertolak sempat juga mendengar sedikit amanat daripada PPDR, En Jamarudin Abd Rahman di dalam bas.
Ketika dalam perjalanan, masing-masing lena diulit mimpi. Berhenti dihentian R & R air keroh untuk minum malam dan R & R Bukit Merah untuk menunaikan solat fardu subuh.
Menikmati sarapan nasi lemak daun pisang sumbangan bapak mertua. Terasa sedap sangat dan berasa, maklumlah beras baru. Rasa macam nak lagi jer.
Ketibaan kami dijeti Kuala Perlis disambut oleh JU Prasekolah Perlis (berbaju hijau) sambil dihidangkan laksa Perlis.
Memandangkan perjalanan yang jauh dfan memenatkan, didalam feri pun masih sempat lena lagi. Tilam empuk la yang diimpikan.
Membuat kunjungan salam ke Haji Ismail Group untuk meninjau-ninjau apa yang dipamirkan dan berangan-angan untuk memilikinya.
Kunjungan ke kilang gamat. borong la segala macam produk gamat.
Langkawi Cabble Car, tidak sah sekiranya tidak menaiki kereta kabel pulau langkawi.
Sekitar Pemandangan dikawasan Prasekolah SK Pekan Kuah, bersebelahaqn dengan PPD Langkawi.
Pemandangan dikawasan Beras Terbakar Padang Mat Sirat, dan menikmati Ikan Bakar Pulau Langkawi.
Pemandangan dikawasan makam Mahsuri, Telaga Mahsuri, Rumah Tinggalan Mahsuri, Panggung Mek Mulong dan galeri sejarah.
Penulis sempat mengambil gambar di Dataran Lang dan Kapal layar Jalur gemilang yang digunakan oleh Dato' Azhar Mangsur mengelilingi Dunia.
Sarapan terakhir sebelum meninggalkan Pulau Lagenda ini.
Wah, bukan main berselera sekali menikmati laksa penang sumbangan Cikgu Aida sekeluarga. Keluarganya berbesar hati menjamu kunjungan kami seramai 40orang.
Ambilkan saya buah Delima,
Masak sebiji di balik daun,
Budi tuan saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.
Terima kasih daun keladi,
kami datang nak makan laksa lagi.
Johor Bahru destinasi dituju. Terima kasih kepada semua...................
..
0 ulasan:
Catat Ulasan